Tanaman teratai adalah tanaman yang hidupnya di air dan berkelembapan tinggi,biasanya sering terdapat di kolam atau tasik. Tanaman teratai disukai kerana bunganya yang indah dengan warna yang cerah. Tanaman teratai berasal dari daratan Asia dan biasanya sering ditemui di kolam atau tumbuh liar di kawasan paya. Meskipun tanaman teratai seperti terapung di atas permukaan air, sebenarnya akar teratai ini terletak di dalam air atau di dasar air itu sendiri.
Selain dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan, teratai juga memiliki khasiat sebagai ubat-ubatan. Bahagian tanaman yang boleh dijadikan sebagai ubat herba adalah hampir kesemua bahagiannya seperti akar, daun, hingga biji.
Tanaman teratai memiliki akar yang berongga. Akar tanaman teratai kurang berkembang dengan baik kerana mempunyai bulu akar atau tudung akar. Akar disini lebih berfungsi sebagai pemegang atau penggenggam tanaman supaya ia boleh berdiri tegak.
Akar berongga tanaman teratai
Tanaman teratai memiliki batang yang berguna untuk mengekalkan daun agar terapung di atas air, kerana sebahagian besar batang teratai berada di bawah permukaan air. Selain itu, batang teratai juga berfungsi untuk menyerap nutrient yang diperlukan oleh tanaman. Batang teratai mempunyai ruang udara sebagaimana tanaman air yang lain.
Daun teratai bersifat bulat, lebar, nipis dan bahagian tepi daunnya bergerigi. Berbeza dengan bahagian batang, daunnya terapung di atas air. Hal ini kerana tangkai daun teratai cenderung untuk tumbuh menjalar. Permukaan daun teratai bewarna hijau, sedangkan permukaan bahagian bawah bewarna keunguan dan memiliki tulang daun besar serta tulang daun kecil. Daun teratai juga mempunyai lapisan yang berungsi untuk membersihkan diri dari kekotoran.
Bunga teratai terletak pada tangkai yang merupakan hasil daripada pertumbuhan rizom. Tangkai bunga teratai ini tumbuhnya tegak sehingga bunga teratai boleh muncul keluar daripada permukaan air. Bunga teratai memiliki peringkat warna yang berbeza seperti warna merah muda kemudian memutih pada bahagian atasnya. Teratai juga mempunyai kelopak bunga yang banyak dan berlapis.
Tahukah anda yang akar teratai boleh dijadikan hidangan bersama lauk yang lain? Bagi kebanyakan masyarakat Cina, sup menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Antaranya ialah sup ubi teratai, enak dinikmati ketika panas. Bagi kepercayaan Cina, serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan.
Dalam perubatan tradisional Cina, biji teratai yang rasanya manis dikatakan, dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Dipercayai, biji teratai yang mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020