MASKER SEMULAJADI

  Lambakan bahan kosmetik di pasaran yang mengandungi bahan kimia berbahaya semakin menjadi pilihan pengguna kerana mudah di dapati dan kesannya lebih cepat. Para pengguna mudah terpedaya dengan iklan yang menggunakan artis kegemaran mereka sebagai duta. Produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya bukan sahaja boleh merosakkan kulit muka tetapi juga merosakkan organ dalaman terutamanya buah pinggang kerana buah pinggang berfungsi sebagai penapis bahan buang dalam badan kita. Seterusnya boleh membawa implikasi buruk yang lain.

    Kini  pengguna mula beralih ke bahan kosmetik “drug store” seperti Watson dan Guardian   yang lebih selamat kerana telah diperakui KKM( Kementerian Kesihatan Malaysia). Tetapi jika terdapat pilihan yang lebih jimat dan paling selamat ialah pemilihan bahan semulajadi daripada tumbuhan dan buahan-buahan. Penggunaan masker semulajadi telah diperakui lebih berkesan dan sangat selamat. Kerana tidak ramai pengguna yang menggunakan bahan semulajadi kerana kekangan masa dan bahan semulajadi yang tidak tahan lama, maka mereka beralih ke penggunaan bahan di “drugstore” yang mudah di dapati dan menjimatkan masa dan lebih tahan lama.

   Bahan semulajadi bukan sahaja baik untuk kulit terutamanya muka malahan juga tubuh dan dalaman. Cara pembuatan masker semulajadi sangat mudah dan hanya menggunakan bahan yang boleh didapati di kedai runcit atau pasaraya.

  Bahan yang paling selalu digunakan ialah kunyit, timun, telur, tomato, madu, lemon dan aloe vera. Kesemua bahan ini mempunyai kebaikan masing-masing bergantung jenis kulit. Jika kulit terbakar akibat (sunburn) masker paling mudah ialah menggunakan aloe vera yang masih segar di pokok, buang kulitnya dan ambil isi , letak kan  di muka dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air bersih. (Bau aloe vera yang segar agak kurang menyenangkan).

Masker paling mudah untuk menganjalkan dan menegangkan kulit ialah masker menggunakan putih telur sahaja. Cara penggunaannya ialah dengan melatkkan tisu muka sebagai tapak masker sebelum menyapu putih telur ke kulit muka. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air bersih.  Untuk masker mencerahkan dan menghilangkan garis-garis halus boleh menggunakan kentang yang di hancurkan bersama putih telur. Sengkuang merupakan ubi yang paling sesuai untuk memutihkan wajah, cara yang paling mudah ialah kisar sengkuang sehingga halus dan boleh disapu di muka tunggu sehingga kering dalam 15 ke 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang lebih baik tambah beras dan di kisar sekali dengan sengkuang. Beras juga mempunyai kebaikannya selain dijadikan makanan ruji penduduk sekitar Asia, beras juga diproses menjadi tepung beras dan air basuhan beras juga boleh digunakan untuk menjadi basuhan muka.

    Manakala untuk menyegarkan mata yang sembam hanya menggunakan timun yang telah di hiris sederhana tebal dan di letakkan di atas mata selama 15-20 minit, silakan amalakan untuk mendapat hasil yang lebih baik. Bagi yang memilki masalah mata panda iaitu lingkaran hitam bawah mata , untuk mengatasinya dengan menggunakan bahan seperti kentang yang telah disagat dan diambil airnya (gunakan bebola kapas kemudian sapukan dibawah mata) tunggu kering dalam 20 minit sebelum dibilas, kentang yang sudah disagat atau dihiris juga boleh digunakan.

       Produk semulajadi dijamin lebih selamat di gunakan berbanding dengan bahan kosmetik di pasaran. Tips untuk mendapatkan hasil terbaik adalah harus rajin dan jangan malas.   Walaupun memiliki kulit yang cantik dan bersih, kesihatan dalaman juga harus dititik beratkan dengan memakan makanan segar dan digalakkan menggunakan bahan organik di samping melakukan senaman yang berkala.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply