PEWARNA MAKANAN SEMULAJADI VS PEWARNA MAKANAN TIRUAN

Tujuan utama pewarna makanan digunakan dalam masakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan ceria. Makanan seperti gula-gula, aiskrim dan kek menggunakan bahan pewarna yang dibenarkan tetapi jika kerap mengambilnya boleh memudaratkan kesihatan. di Artikel kali ini akan mengupaskan kebaikan pewarna makanan semulajadi dan keburukan pewarna makanan tiruan. Pewarna makanan semulajadi boleh di ekstrak melalui sumber semulajadi seperti buahan-buahan,sayur-sayuran yang jusnya mempunyai kepekatan warna yang tinggi.

   Pertama untuk membuat pewarna makanan semulajadi ialah dengan pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana tidak semua buah bersesuaian dijadikan pewarna. Untuk buah-buahan yang tidak sesuai digunakan sebagai pewarna makanan ialah buah lemon dan juga buah oren kerana kedua warna buah ini yang jernih dan rasanya lebih kuat. Cara memproses buah-buahan untuk mendapatkan warnanya sangat mudah hanya menggunakan blender buah-buahanManakala buah roselle boleh diekstrak untuk warna merah  (roselle juga boleh digunakan untuk membuat air jus dan jem). Mangga untuk pewarna kuning. Buah-buahan beri seperti strawberi, bluberi dan ceri juga sesuai digunakan untuk pewarna makanan cuma harganya yang lebih mahal dan sukar didapati.

   Seterusnya untuk sayur-sayuran harus direbus dahulu sebelum di kisar dengan sedikit air. Gunakan sedikit air untuk mendapatkan warna gelap dan tambahkan sedikit air untuk warna yang lebih terang.  Kemudian sayur yang telah dikisar harus ditapis untuk dibuang serdak kerana hanya memerlukan air ekstraknya sahaja untuk dibuat pewarna. Sayur-sayuran yang selalu digunakan ialah Pandan (untuk pewarna hijau) dan tambahan baunya yang harum. Kobis ungu untuk warna ungu, lobak merah untuk warna oren dan warna kuning daripada kunyit. Buah ubi beet (buah luar negara) berwarna merah pekat pula untuk warna merah.

  Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diperah harus disimpan dahulu di Chiller selama 3-6 jam sehingga strukturnya menjadi sedikit pejal seperti jem sebelum digunakan didalam doh atau masakan.

  Disebabkan pembuatan pewarna makanan semulajadi agak melecehkan dan mengambil masa yang lama, ramai mengambil jalan mudah dengan menggunakan pewarna makanan tiruan. Pewarna tiruan telah dibuat menggunakan bahan kimia. Pewarna tiruan telah di dibuktikan boleh menyebabkan alaergik, asma, ruam, hiperaktif dan juga perubahan emosi dikalangan kanak-kanak. Campuran bahan warna tiruan dan juga bahan pengawet dalam makanan boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser jika pengambilannnya tidak terkawal.

   Kebanyakkan makanan yang mengandungi pengawet dan pewarna makanan tiruan adalah didalam makanan ringan dan juga snek kegemaran kanak-kanak. Sebagai pengguna, kita disarankan untuk menyemak label makanan sebelum membeli, tetapi terdapat pengilang yang hanya meletakkan label “dengan pengawet dan pewarna yang dibenarkan”, hal ini akan menyebabkan ramai pengguna tidak sedar.

    Kita apa yang kita makan, kesihatan kita bergantung kepada cara pemakanan dan juga amalan gaya hidup sihat.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply