POKOK KAPAS

   Selepas mandi, mengelap badan dengan tuala, sarung baju tidur yang selesa lalu tiba masa merebahkan tubuh keatas tilam yang beralaskan cadar baru, itulah waktu rehat yang paling dinantikan semua setelah seharian penat bekerja. Pernahkah tertanya tuala, baju dan juga alas tilam kita diperbuat daripada apa? ia diperbuat daripada bunga, Iya, bunga iaitu bunga kapas. Bunga kapas akan berputik berwarna merah jambu sebelum bertukar menjadi warna putih.

  Cara penanaman pokok kapas adalah melalui biji benih dan pokok kapas juga mempunyai daya ketahan yang baik dengan pelbagai cuaca dan cepat tumbuh ketika musim hujan. Pasti ramai anak muda yang keliru diantara pokok kapas dan pokok kekabu. Pokok kapas mempunyai ketinggian yang rendah dalam 1-2 meter sahaja berbanding pokok kekabu yang lebih tinggi. Pokok kapas ialah pokok komersil yang memerlukan kawasan tanaman yang luas, tetapi ada para petani yang menanam kapas dalam kuantiti yang kecil hanya untuk menenun kapas.

  Untuk memastikan pokok kapas hidup sihat, baja organik dan racun perosak harus diberikan secara berkala. Pokok kapas boleh terkena serangga pelbagai serangga perosak ,kulat dan juga bakteria. Antara serangga perosak yang menyerang pokok kapas ialah ulat penggulung daun, ulat bintik kapas dan kumbang makan kapas. Malahan batangnya juga boleh diserang penyakit. Pokok kapas yang telah matang dalam lingkungan 150 ke 170 hari sudah boleh dituai.

   Ramai yang mengetahui bahawa produk kapas banyak digunakan dalam bidang textile kerana kualti fabric dari kapas yang lebih selesa dan menyerap peluh. Kapas juga digunakan dalam bidang perubatan seperti pembalut luka, mengelap darah kerana bahannya yang bersesuaian untuk menyerap. Bidang kecantikan juga menggunakan kapas sebagai produk seperti kapas muka. Salah satu produk kapas yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti forensik, perubatan dan juga kecantikkan ialah “cotton bud”. Walaupun kecil tetapi banyak kegunaannya.

Bukan bunga kapas sahaja yang boleh dikomersilkan, akar dan batang pokok kapas juga boleh digunakan dalam bidang herba dan kesihatan. Tapi sebarang penggunaan perubatan daripada pokok kapas boleh memudaratkan wanita yang mengandung kerana boleh mengecutkan rahim dan menyebabkan keguguran.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply