Manisan seperti jeli kelapa adalah salah satu manisan yang menyegarkan. Teksturnya yang lembut, kenyal dan rasa kelapanya yang asli membuatkan ramai antara kita sama ada rakyat Malaysia dan pelancong dari luar negara menggemari keenakan rasa hidangan ini. Lagi-lagi jika dimakan ketika sejuk, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kepuasan menikmat jeli kelapa ini. Rasanya memang sedap dan memuaskan!
Ditambah nikmat lagi jika hidangan jeli kelapa ini dinikmati bersama keluarga tersayang. Bagi yang baru ingin mencuba menyediakan menu ini, di bawah tersedia resepi yang cukup mudah untuk dilakukan.
Bahan-bahan
- 3.5 L air biasa
- 3.5 L air kelapa muda (4-5 biji)
- 700 gram gula (Ikut cita rasa)
- 25 gram agar-agar tali (1 paket 25 gram)
- 4 helai daun pandan (nak bagi wangi)
** Tips untuk jeli kelapa tahan lama untuk para peniaga : Isi kelapa yang di korek hendaklah dibasuh terlebih dahulu dengan air biasa sehingga tiada air putih santan pada isi kelapa tersebut. Seterusnya tapis dan toskan isi kelapa tersebut kemudian letakkan ke dalam jeli kelapa. Tips ini boleh bertahan lebih seminggu dalam simpanan peti ais.
Cara-cara
- Rendam sekejap agar-agar dengan air biasa. Kemudian basuh dan toskan.
- Masukkan air biasa, gula, agar-agar dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan pastikan agar-agar dan gula telah larut sepenuhnya.
- Setelah larut, tutup api.
- Kemudian masukkan air kelapa (Jangan masak air kelapa sebab nak kekalkan keaslian air kelapa tersebut).
- Kacau sehingga sebati.
- Masukkan isi kelapa muda yang telah di korek dan di tos.
- Kacau sebentar dan tuangkan ke dalam bekas.
- Sejukkan sehingga jeli menjadi keras.
- Simpan di dalam peti ais dan sedia dimakan ketika sejuk.
Memang enak dan lazat sekali makan jeli kelapa yang lembut dan sejuk yang baru sahaja dikeluarkan dari peti ais dan dihidangkan sebagai makanan berkhasiat.
Selamat mencuba!
- Penyimpanan Buah-buahan Tempatan - May 3, 2021
- CARA PENGIRAAN KOS PENGELUARAN - May 6, 2020
- KAMBING TOGGENBURG - April 3, 2020