CARA PENGIRAAN KOS PENGELUARAN

Artikel ini bukan sahaja artikel pasal fertigasi tapi berkenaan cara untuk kita mengira kos pengeluaran.

Ya betul. Kos pengeluaran sehingga per kg.

Berapa modal kita guna untuk hasil sekilogram sayur .

Untuk mudah saya ambik contoh daripada projek fertigasi cili dengan kapasiti 1000 polibeg.

Boleh rujuk artikel di sini.

Perkara pertama kita tahu hasil pengeluaran kita.

Pengiraan mudah;

Data anggaran: Kapasiti projek x purata hasil

Kalau korang dah tanam ambik jer terus data kutipan hasil korang. Sebab itu penting untuk kita rekodkan data kutipan hasil harian kita ini.

Contoh;

1000 polibeg cili x 2.5 kg sepolibeg = 2500 kg

Seterusnya kita kena dapatkan kos operasi kita.

Rujuk sini untuk contoh yang aku gunakan ini.

Perbelanjaan operasi bagi musim pertama bagi membolehkan kita menjalankan projek adalah RM 4912.53 yang tanpa upah kerja.

Jadi untuk kira kos pengeluaran = kos operasi / jumlah hasil

Contoh;

4912.53 / 2500 = 1.97

Jadi kos pengeluaran per kg cili adalah RM 1.97.

Ini bermakna korg harga minima korg kena jual cili adalah RM 1.97 memastikan ladang korg boleh beroperasi musim kedua. Tanpa ada kenaikan harga bahan input. Sebab sifu selalu pesan beli input terus untuk satu ke dua musim bagi menggelakkan kenaikan harga mendadak.

Biasanya petani akan ambik margin 30% ke 50%. Contoh kalau ambik margin 50%. Kita jual harga rm 2.95 atau rm 3 sekilogram. Kalau cili harga ladang RM 5 sebenarnya korg dah ok. Kalau RM 8 korg lagi sedap.

Mari kita lihat kalau kita ada pekerja atau upah org pula.

Kos operasi kita meningkat jadi RM 7912.53.

Menjadikan kos pengeluaran kita adalah RM 3.17 wow…naik banyak kan…

Pekerja ini kalau bagus merupakan aset. Kalau kureng jadi bala.

Sebelum menggunakan pekerja pastikan skala ekonomi projek ada. Kalau tidak tak berbaloi.

RUMUSAN

  1. Untuk sustain dalam bidang pertanian kos kene jaga.

2. Beri tumpuan pada perubahan harga bahan input dan adjust pengiraan.

3. Buat anggaran kos per kg setiap musim untuk kita selesa dengan permainan harga pasaran.

4. Yang penting skala ekonomi projek kena ada.

5. 1000 polibeg biasa korg buat sendiri jer daripada A sampai Z. Jangan nak ngada-ngada pakai pekerja. Biasa kalau sudah 3000 polibeg ke atas baru ambik pekerja sorg.

syamila
Latest posts by syamila (see all)
This entry was posted in Fertigasi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply