KAMBING BRITISH ALPINE

Siri bercakap dengan kambing memperkenalkan Baka British Alpine.

Baka yang dikembangkan di Great Britain pada awal 1900an.

British Alpine merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.

Telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan.

Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul.

Kakinya kuat dan lurus.

Pengeluar susu yang baik, amat sesuai dinegara beriklim sejuk dan tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi.

British Alpine berwarna hitam dengan jalur putih di muka.

Bulunya pendek, halus dan berkilat.

Kambing jantan selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.

Tinggi yang ideal adalam 83 cm untuk Doe dan 95 cm untuk Buck. 

syamila
Latest posts by syamila (see all)
This entry was posted in Kambing and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply