Kira – Kira Projek Sampingan Fertigasi Cili Padi di Tepi Rumah

Bagi mereka yang mencari pendapatan tambahan atau samping, admin cadangkan tanaman fertigasi cili padi di Kawasan rumah.

Admin sendiri pun ada tanam cili padi secara fertigasi di Kawasan rumah.

Admin ada tanam 500 polibeg.

Kawasan tanah lot sebelah rumah, tak luas pun lebih kurang 40’ x 100’.

Air pun guna air paip jer. Bil air untuk projek ini lebih kurang RM 60 sebulan. Malas nak fikir guna jer air paip. Kalau polibeg beribu harus guna sumber air lain selain daripada paip yer gais.

So kenapa cili padi menjadi pilihan?

#Tahan penyakit virus. Cili padi kena virus lalat putih pun masih boleh berbunga dan berbuah lagi.

#Harga yang stabil. Harga cili padi lebih stabil berbanding cili besar. Setakat 4 musim, harga paling rendah admin pernah dapat adalah RM 6 sekilogram. Paling tinggi RM 18 sekilogram. Biasa admin akan jual terus ke pasar tani, pasar pagi, pasar malam, kedai runcit dan kedai makan. Dapatlah harga tinggi berbanding harga ladang. Lagi pun kapasiti pun rendah so admin tak tolak ke pasar borong walau pasar borong Selayang hanya 24 km daripada rumah admin.

Bagi projek admin ini tanam secara fertigasi terbuka.

Modal habis lebih kurang RM 2800 dan lengkap semua untuk running satu musim. Lengkap dengan baja fertigasi, racun dan benih. Admin gunakan system 2 tangki air 600 gelen dan pam air 2 HP. Senang malas nak fikir. Beli barang dan 100% pasang sendiri.

Projek admin ini dijalankan secara part timer. Pasal admin masih bekerja dengan MYAGRI Consulting sebagai Junior Agronomist. So balik rumah menghadap pokok. Buat semua kerja – kerja pengurusan. Admin akan budget hari selasa, khamis dan sabtu kutip hasil dan jual hasil cili padi. Masuk musim kedua, buyer dah tahu dan boleh follow program kita.

Cili padi fertigasi boleh dituai 90 hari selepas dipindahkan ke polibeg.

Untuk projek admin ini, admin sasarkan kutipan hasil sebagai 50 kg seminggu.

Mengikut rekod admin, kutipan bagi projek admin boleh dilakukan selama 3.5 bulan atau 14 minggu sebelum admin cabut dan semai baru.

So 14 minggu x 50 kg seminggu x RM 13 (purata harga jualan admin untuk musim ketiga) = RM 9100 satu musim.

Bersamaan rm 650 Seminggu atau RM 2600 sebulan.

Boleh lah untuk duit tepi.

Yang paling penting gais rekodkan jumlah hasil kutipan dan jumlah jualan.

Baru korang boleh tengok untung atau rugi projek korang.

Korang pun boleh try gais.

Tapi komitmen kena kental.

P/S: Musim kedua keluar Y suku cash gais.

Untuk kursus online penanaman cili secara fertigasi korang klik sini gais.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Cili padi, Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply