Masalah dan kesilapan fertigasi halia

fertigasi halia bara

Tanaman halia secara fertigasi semakin meningkat popularitinya di kalangan usahawan tani.

Sebab utama halia fertigasi semakin mendapat perhatian kerana tanaman halia fertigasi senang diselenggara dan kurang menghadapi serangan perosak.

Namun begitu, pemerhatian pada peringkat industri mendapati 5 daripada 5 pengusaha halia akan menghadapi masalah dan membawa kepada kegagalan projek halia fertigasi.

Sekarang mari kita lihat sebab-sebab kegagalan pengusaha fertigasi.

Kesilapan ini dibuat oleh pengusaha halia yang ditemui oleh kami.

#1 Menggunakan saiz polibeg yang tidak sesuai

Ramai pengusaha menggunakan saiz polibeg yang tidak sesuai untuk penanaman halia.

Ada pengusaha menggunakan saiz polibeg yang terlalu besar. Saiz polibeg yang terlalu besar akan menggunakan kuantiti media yang banyak. Justeru akan meningkatkan modal permulaan projek.

Ada juga pengusaha menggunakan saiz polibeg yang terlalu kecil. Saiz polibeg yang terlalu kecil akan menyebabkan rizom halia tersepit dan kemik.

Menurut pakar fertigasi halia MARDI, saiz polibeg yang disarankan adalah 32” x 16” atau 24” x 16”. Manakala bagi ketahanan polibeg yang lama, ketebalan polibeg yang disyorkan adalah 0.24 – 0.40 mm.

Sudah semestinya polibeg berwarna hitam menjadi pilihan.

#2 Penyediaan benih yang tidak betul

Hampir 100% kegagalan projek halia fertigasi adalah disebabkan penyediaan benih rizom halia yang tidak betul.

Penyediaan benih rizom bermula daripada pemilihan benih matang berusia 10 bulan yang bebas daripada penyakit!

Benih seterusnya dirawat dengan racun kulat secara rendaman.

Ramai pengusaha yang mengambil mudah langkah ini merana kerana pokok halia rosak selepas 1 bulan ditanam di dalam polibeg.

#3 Formulasi baja yang tidak betul

Setiap pokok memerlukan nutrisi pembajaan yang berbeza.

Begitu juga dengan tanaman halia.

Penggunaan formulasi baja halia yang betul akan memberikan tumbesaran dan hasil rizom yang tinggi.

Masalahnya masih ramai pengusaha halia fertigasi menggunakan baja cili fertigasi atau pun baja halia yang tidak betul formulasinya.

Hampir 95% pengusaha fertigasi tidak menggunakan formulasi baja yang betul!

#4 Kos projek terlalu tinggi

95% pengusaha halia mengeluarkan modal yang tinggi untuk projek halia fertigasi.

Bahkan ada kos setinggi RM 20 ribu untuk kapasiti 1,000 polibeg.

Ada juga satu GLC yang buat projek fertigasi halia dengan kos RM 200 ribu untuk keluasan 10,000 polibeg!

Jika kos projek terlalu tinggi bila nak pulang modal!

#5 Penggunaan teknologi fertigasi yang tidak betul

Masih ramai lagi pengusaha gagal memahami tujuan penanaman secara fertigasi dijalankan.

Ramai pengusaha gagal menggunakan teknologi fertigasi secara betul.

Sebagai contoh tanam halia secara fertigasi tetapi menggunakan sistem pengairan renjis!

Ramai juga pengusaha yang meletakkan tinja haiwan seperti kambing di dalam polibeg!

#6 Hasil rizom yang rendah

Masalah dan kesilapan yang banyak sama ada daripada segi pelaksanaan dan pengurusan akan memberikan kesan kepada hasil tanaman.

Akibat banyak sangat masalah pada projek halia fertigasi akan memberikan hasil yang rendah.

Apabila mendapat hasil rizom yang rendah, projek tidak dapat memberikan pulangan yang sepatutnya.

Maka projek pun boleh bungkus selepas 2 musim. Ini adalah statistik industri!

Rumusan

Kita telah tahu kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Jika kita ulangi kesilapan mereka maka kita dua kali bodoh daripada mereka.

Bagi mereka yang mahu mulakan projek fertigasi halia saya sarankan anda follow dan tanya Dr Mut. Boleh cari beliau di FB beliau. Link disediakan tu.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Fertigasi, Halia, Halia Bentong, Halia Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply