Mengira keperluan baja untuk semusim merupakan satu yang penting kepada pengusaha fertigasi. Pengiraan keperluan baja dapat membantu pengusaha merangka peruntukan yang diperlukan untuk membeli baja fertigasi untuk kegunaan semusim serta menjimatkan ruang inventori di dalam setor ladang kita.
Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:
Langkah pertama, dapatkan parameter seperti berikut:
i) Jumlah polibeg
ii) Keperluan air baja sehari untuk satu polibeg (dalam liter)
iii) Tempoh penanaman (dalam hari)
Langkah kedua, gunakan formula berikut untuk mengira keperluan baja semusim:
Jumlah polibeg x Keperluan air baja sehari untuk satu polibeg (dalam liter) x Tempoh penanaman (dalam hari).
10,000 liter air
Dibahagikan dengan 10,000 liter air, kerana satu set baja fertigasi cili boleh dilarutkan dalam 10,000 liter air. Ini merupakan factor pencairan stok baja fertigasi.
Sebagai contoh, kita akan mengira keperluan baja fertigasi cili untuk 500 polibeg.
Langkah pertama, dapatkan parameter seperti berikut:
i) Jumlah polibeg = 500
ii) Keperluan air baja sehari untuk satu polibeg (dalam liter) = 0.5 l
iii) Tempoh penanaman (dalam hari) = 180 hari
Langkah kedua, masuk nilai ke dalam formula untuk mengira keperluan baja semusim
500 x 0.5 liter x 180
————————- = 4.5, bundarkan kepada angka sa ~ menjadi 5.
10,000
Jadi keperluan baja untuk satu musim bagi 500 polibeg adalah 5 set.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Salam Tuan,
Saya ditawarkan baja satu jenis sahaja. Takde set2. (Set A dan B)
Satu guni untuk 25,000 liter air. Harga dalam RM300++
Guni permulaan (Tulisan warna hijau – made in UAE) untuk pokok dari 1 hari dipindah ke polibag hingga umur sebulan lebih.
Bila dekat nak berbungga, kena guna guni cap warna merah pula – hingga habis musim.
Tak perlu tong stok, bubuh air dalam tangki, cedok debu baja, masuk dalam tangki tadi, kacau dan uji kepekatan guna EC. Dapat kepekatan bersesuaian – boleh alir ke pokok cili.
Tuan biasa guna baja jenis ini?
Cuma nak tanya yang termolek, yang AB atau satu jenis sahaja.
Wassalam.
Ini semua trick sahaja. Ingat lagi NPK GREEN dan NPK BLUE. Itulah dia. Untuk prestasi tanaman yang baik gunakan baja ab.
Aslmkm wbt…
Sya bru nk brjnak2 dlm fertigasi…..jd nk tanya ada tk cra nk tau kepekatn baja utk tanamn dalam kumpulan melon…utk pengathwn tuan sya ada juga membeli EC meter….sbb apa yg sya fhm keprluan baja utk tmbuhan brubh pd prngkt mula d tnam sehingga menuai….silan tuan bri tujuk ajar…tq.
Wsalam,
Boleh search panduan pembajaan rock melon di dalam artikel saya yang lepas
salam…untuk dua timun sau polibag berapa liter air baja diperlukan sehari..tq..:)
Lebih kurang 2 – 3.5 liter air pada peringkat berbuah
Salam, untuk syuran berdaun seperti salad dan sawi yg ditanam dlm media cocopeat, berapa liter air baja yg diperlukan untuk satu polibag sehari? dan berapa kali perlu diberi untuk sehari? terima kasih
Wsalam,
Keperluan air setiap tanaman adalah berbeza. Tanaman salad dan sawi memerlukan 0.4 – 0.6 ml per day.
sy dari kl dan boleh sy tau dimana sy boleh ambil khursus tanaman cili?
biznet@live.com.my
Tggu pengumuman drp semasa ke semasa
cg minta formula baja fertigasi untuk timun
Salam tuan. Formula kiraan set baja ni boleh digunapakai pada tanaman rock melon ke? Trima kasih
Boleh tuan