Penyediaan Ladang Fertigasi

Bertemu lagi kita dalam artikel kali ini. Kali ini kita nak bincangkan tentang penyediaan ladang fertigasi. Syarat utama dalam penyediaan ladang fertigasi adalah kita mesti mempunyai tapak projek yang rata. Ini supaya pengaliran larutan baja di dalam sistem pengairan fertigasi kita adalah sekata. Ini penting bagi memastikan kesemua tanaman kita menerima jumlah air yang sekata. Selain itu juga ini dapat memastikan pembesaran pokok kita adalah seragam. Dengan bahasa rojaknya, pokok kita tiada yang besar dan tiada yang terbantut, semuanya besar sekata. Ini juga dapat memaksimakan hasil pengeluaran ladang kita.

Selain itu juga, tapak projek kita mesti mempunyai sistem saliran air yang baik. Ini dapat menggelakkan kejadian banjir dan sekaligus mendatangkan kerugian kepada kita. Membuat longkang atau parit disekeliling tapak projek dan mengalirkan air keluarkan dari kawasan projek dapat menggelakkan air bertakung serta memberikan keselesaan kepada operator untuk berkerja.

Selain daripada itu stor penyimpanan input seperti racun, baja dan lain – lain peralatan hendaklah dibuat bagi menggelakkan kejadian kecurian. Selain daripada rumah pekerja ladang bagi menjaga kebajikan pekerja kita. Perancangan teliti tentang susun atur ladang fertigasi dapat memaksimakan penggunaan kawasan. Kedudukan stor, rumah pekerja dan jalan masuk ke dalam perlu diletakkan pada kedudukan yang betul bagi melancarkan urusan kerja harian di ladang. Susun atur ladang yang betul dapat memaksimakan jumlah pokok yang ditanam. Sifir mudah saya sering saya tunjukkan adalah 1 ekar tanah dapat memuatkan 3000 pokok beserta stor, rumah pekerja dan juga jalan dalam ladang.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply