Nama Saintifik: Andrographis paniculata
Keluarga: Acanthacea
Nama Tempatan: hempedu bumi, Akar cerita, Maha tita, King of bitter
Nama Inggeris: Green chireta
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand, India, Indonesia, China
Habitat: Mudah membiak
Ketinggian: Boleh mencapai 60-70cm
Ciri-ciri:-
Daun :
? Hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang
? Berbentuk bujur, nipis dipangkal dan runcing di hujung.
Mempunyai:
– Antipiretik
– Andrografolid
– Antitoksin
– Analgesik
– Antibengkak
Kegunaan secara tradisional:
• menurunkan tekanan darah tinggi
• kencing manis
• pencair kahak
• pelawas pembuangan air besar
• merawat luka
• merawat kesan gigitan serangga
• merawat demam
• sesuai untuk mereka yang mempunyai kolestrol tinggi
• rawatan baik untuk gigitan ular
• rawatan untuk sakit puan
Cara
I. Ambil beberapa helai daunnya kemudian dibersihkan dan rendam dalam segelas air panas. Setelah suam bolehlah diminum airnya. rasanya agak pahit pada orang yang pertama kali mencuba. Tetapi harus diingatkan jangan minum terlalu kerap dalam sehari.
II. Ambil daunnya dan di tumbuk lumat selepas itu bolehlah di letakkan pada luka.
Kaedah penanaman
Hempedu bumi boleh dibiakkan menggunakan keratan batang atau biji benih.
Penanaman menggunakan Keratan Batang lebih banyak digunakan kerana mampu mengeluarkan bunga dari biji benih.
Pembiakkan melalui Keratan adalah lebih mudah untuk penanaman di dalam kuantiti yang banyak dan mempastikan varieti yang ditanam adalah tulin (true to type).
Penggunaan biji benih hempedu bumi perlu kutip dari pokok yang telah cukup matang dan bijinya dijemur dahulu.
Setelah itu benih direndam selama 24 jam kemudian disemai dalam tanah campura 1:1:1 (Tanah: Pasir:Organik) dan benih akan bercambah 7 hari kemudian.
Setelah mempunyai 5 helai daun alihkan kedalam polibeg plastik kecil dan sesuai ditanam selepas 21 hari.
Penggunaan plastik silvershine diatas batas tanaman membantu mengurangan rumpai, kawal kelembapan tanah dan kesuburan tanaman.
Jarak penanaman yang disyorkan adalah 20 cm x 40 cm sebaiknya ditanam diatas batas kerana cara ini mudah dalam sistem pengurusan.
Kawasan yang mempunyai sistem pengairan (biasanya gunakan sistem sprinkler) memberikan kadar pertumbuhan cepat dan seragam.
Pembajaan tanaman hempedu bumi secara monokrop perlu dilaksanakan dengan menggunakan baja Urea (100 kg/ha), TSP (100 kg/ha) dan KCL (50 kg/ha).
Tanaman hempedu bumi perlukan banyak baja organik sebanyak 10-12 tan sehektar untuk mempastikan kadar pertumbuhan baik dan hasil yang berkualiti.
Bagi tanah yang kurang bahan organik diperlukan baja organik sebanyak 15-20 tan sehektar. Tumbuhan ini sememangnya responsif dengan baja organik.
Kekurangan baja organik menyebabkan pokok kurus, daun yang kecil dan banyak kandungan serat serta rendah kualiti dun dan akarnya.
Penanaman hempedu bumi boleh juga dijalankan sebagai tanaman selingan bersama tanam jagung, pisang dan tanaman konta lain yang sesuai.
Selain daripada itu, hempedu bumi juga boleh ditanam secara fertigasi.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020