Foliar oh foliar. Begitulah tajuk posting kita hari ini. Pemberian baja foliar kepada tanaman kita dapat membantu pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman kita. Penggunaan baja foliar mmg dijamin dapat mengurangkan penggunaan baja sehingga 80% dalam penanaman fertigasi. Walaupunbegitu dalam memilih baja foliar ini, kita perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat byk baja foliar di pasaran. Bukan semua baja foliar boleh kita gunakan. Malah kaedah dan kadar penggunaan perlu betul. Ini kerana penggunaan foliar yg tidak betul dan tepat akan merosakkan pokok dan memberikan kesan pada lualiti buah. Lihat gmbr contoh penggunaan baja foliar tidak betul pada pokok kulai 469. Buah kulai 469 menjadi berkedut dan berpintal.
– Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Jalan Desa Seraya 4,Alor Setar,Malaysia
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020