Pada artikel kali ini, mari kita pelajari cara – cara membaca label baja.
Kebiasaanya, apabila kita membeli baja NPK atau baja foliar mesti adalah tulis 15 – 15- 15 atau 12 – 12 – 17 atau pun 34 – 0 – 26.
Apa kata makna angka ini?
Apabila kita membeli baja mesti kita sebut NPK Hijau untuk baja daun atau NPK Biru untuk baja bunga.
Komponen utama baja mesti meliputi Nitrogen, Phosphate dan Kalium.
Angka – angka ini merujuk kepada nisbah ketulenan atau peratusan Nitrogen, Phosphate dan Kalium dalam baja.
Sebagai contoh: Label Baja 15: 17: 13 bermaksud
>>> Angka pertama iaitu 15 merujuk kepada peratusan Nitrogen
>>> Angka kedua iaitu 17 merujuk kepada peratusan Phosphate
>>> Angka ketiga iaitu 13 merujuk kepada peratusan Kalium atau Potassium
Kadang – kala anda juga akan terserempak dengan label yang tertera 12:12::17 + TE
TE ini bermaksud trace element atau unsur surih yang ditambah ke dalam baja.
TE ini merupakan unsur mikro nutrient yang diperlukan oleh tumbuhan.
Tetapi ada juga label yang tertera 0:0:0: 46.5% MgSO4:
>>> Ini bermakna baja ini tidak mengandungi nutrien lain melainkan magnesium sulfat sebanyak 46.5%.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020