Warga Negara semua boleh datang ke Karnival Kelulut Putrajaya Peringkat ASEAN 2016 yang akan diadakan pada 19 – 21 Mac 2016 di Taman Botani, Putrajaya.
Pada karnival ini nanti, pengunjung berpeluang untuk perkenalan dan interaksi antara penternak kelulut tempatan dan luar negara, melihat pelbagai teknologi baru yang digunakan dalam penternakan kelulut, penuaian madu dan penghasilan produk-produk hiliran, membina jalinan rangkaian kerjasama antara penternak melibatkan agensi kerajaan seperti Institut Genom Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perhilitan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan lain-lain.
Karnival julang kali ini dianjurkan oleh Akademi kelulut Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Genom Malaysia dan Taman Botani Putrajaya.
Pelbagai jenis aktiviti dan pameran diadakan jadi jangan lepaskan peluang ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.akademikelulut.com.my/karnival/
P/S: Jika anda berminat untuk membuat hebahan berkenaan program, kursus dan aktiviti yang dianjurkan oleh anda boleh hubungi 017-648 6713
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020