KELAPA MATAG

Buah Kelapa Matag

Buah Kelapa Matag

apabila kita melihat pokok kelapa pasti kita membayangkan air kelapa yang segar dan enak, ditambah ais pasti dapat melegakan tekak yang haus pada cuaca yang panas terik. Tahukah anda air kelapa yang diminum itu merupakan daripada varieti apa? Pada artikel kali ini, marilah kita mengenal pokok kelapa matag yang sangat popular ditanam pada masa kini

Pokok kelapa matag atau dikenali sebagai Cocos nucifera merupakan kelapa hidbrid. Secara umumnya, pokok kelapa hanya mempunyai dua jenis semulajadi  iaitu kelapa rendah dan kelapa tinggi dimana yang rendang berketinggian 10-20m yang tinggi pula boleh membesar sehingga 40m tinggi. Pokok kelapa matag ini merupakan jenis kelapa hybrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (cross pollination) diantara

Bunga betina kelapa rendah Malaya (MRD) X bunga jantan kelapa tinggi tagnanan


Kelapa matag ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengusaha kelapa di Malaysia kerana baka ini menghasilkan buah kelapa yang banyak dan cepat berbanding kelapa tinggi Malaya (Malayan tall variety) yang seringkali ditanam sebelum ini. Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian.

Kelebihan kelapa matag:

  • berbuah lebat (15 biji setandan)
  • mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun.
  • mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun
  • isi tebal
  • sesuai untuk minuman dan dibuat santan

Bagaimanapun pengenalan varieti kelapa ‘Matag’ telah membantu mengekalkan penanaman kelapa di sini kerana permintaan kelapa yang terus meningkat kerana keadaan cuaca iklim di Malaysia yang panas.

Kaedah penanaman matag:

Jarak penanaman kelapa matag adalah mengikut jenis tanah tetapi lazimnya sekitar 8.1 meter x 8.1 meter dengan kadar kepadatan sebanyak 178 pokok sehektar. Pokok kelapa memerlukan 100% cahaya matahari untuk memberikan hasil yang optima. Oleh itu,kebanyakkan penanam kelapa menanam di tepi pantai kerana tanah dan sumber cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran.

Sediakan lubang penanaman dengan ukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m sebelum menanam dan berikan baja organik dan 200 gram baja Fosfat digaul kedalam lubang penanaman.

Penanaman kelapa sering diintegrasikan dengan tanaman selingan seperti pisang, nanas, tanaman kontan seperti jagung, sayur-sayuran, keledek, keladi dan sebagainya. Kaedah ini akan memastikan petani mendapat pendapatan lebih cepat sementara menunggu pokok kelapa matag berbuah.

Aktiviti penternakan seperti menternak ayam, kambing atau lain-lain yang sesuai juga digalakan dalam program pemulihan kawasan kelapa oleh kerajaan.

Program pembajaan kelapa matag diberikan sebanyak 1 kg sepokok dengan NPK 15:15:15 pada tahun pertama dan ditambah kepada 1.5 kg/pokok pada tahun kedua dan seterusnya.

Baja NPK 12:12:17:2 diberikan sebanyak 5 kg/pokok/ tahun setelah pokok mula berbuah pada tahun keempat atau tahun kelima. Pengapuran sebanyak 2-3 mt/ha/ tahun disyorkan untuk diberikan terutama dikawasan tanah persisir pantai.

Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang ‘robust’ dan ‘vigorous’ di ladang.  Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang.  Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Kelapa Matag and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply