Beberapa bulan yang lepas kami ada postkan artikel berkenaan tanaman strawberi.
Pada artikel kami ini kami akan kongsikan SOP Penanaman strawberi secara fertigasi yang ringkas untuk pengetahuan pembaca semua.
SOP PENANAMAN STRAWBERI SECARA FERTIGASI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Mengira keperluan input pertanian seperti anak benih strawberi, media, baja, racun penyalit dan serangga perosak dan lain – lain input pertanian.
2. Mengubah anak benih strawberi ke polibeg
3. Menghidupkan pam untuk mengairi tanaman dengan air bersih selama sebanyak tiga kali sehari.
4. Melarutkan pati stok baja di dalam tangki larutan baja.Mula mengairi tanaman strawberi dengan larutan baja.
5. Membuat kawalan penyakit dan serangga perosak secara berkala.
6. Membuang daun tua dan mengurangkan bilangan bunga pada pokok stawberi.
7. Menyembur hormon penggalak bunga.
8. Buah mula boleh dipetik apabila sebahagian buah berwarna merah. Anggaran 120 Hari selepas tanaman.
9. Membuat penggredan buah mengikut saiz dan melakukan pemasaran buah.
10. Memusnahkan kesemua pokok strawberi bersama beg-beg tanamannya sekali. Anggaran 3 tahun selepas tanaman.
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021