Azolla ialah sejenis tumbuhan air yang tinggi protein dan berkhasiat, sesuai sebagai makanan ternakan semulajadi yang murah. Azolla cepat membiak memberikan anda sumber makanan ternakan berterusan. Ianya mengurangkan kos makanan ternakan anda.
Cara-cara membuat bokashi Azolla
Bahan-bahan
– 1 kg Azolla
– 1 kg dedak biasa
– 50 ml EM
– 50 ml Molasses
– 1/2 liter air tanpa klorin
Cara-caranya
Campur EM, mollases dan air.
Gaul Azolla, dedak dan campuran EM/mollases hingga sebati.
Masukan dalam bekas kedap udara dan simpan selama seminggu sebelum digunakan.
Selamat mencuba.
Latest posts by ysuhaimi (see all)
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020