Baby Corn adalah tongkol jagung muda yang dipetik daripada tanaman jagung (Zae mays) yang dijadikan sebagai sayuran segar dan sangat popular di Malaysia. Saya mula belajar makan baby corn ini ketika di usia kanak-kanak dimana arwah nenek suka menanam jagung dan jagung muda ini dituai untuk dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi panas.
Rasanya yang agak manis menyebabkan saya lebih gemar memakan baby corn ini berbanding jagung yang matang. Arwah nenek pula lebih gemar merebus baby corn ini berbanding memasaknya di dalam campuran masakan lain. Baby corn ini selalunya dimasak dalam masakan Tom Yam, Sayuran Campur dan sup sayur. Tambahan pula, baby corn ini boleh dijadikan tambahan pendapatan yang memang terdapat pada tanaman jagung.
Tanaman jagung manis untuk produk segar lazimnya memerlukan masa 3 bulan untuk dituai. Biji benih Hibrid atau OP (Open pollination) akan mula berbunga selepas 4-6 minggu ditanam atau lebih awal. Putik Jagung (Baby Corn) yang berukuran 4.5 – 10 cm panjang atau 7-17 mm garispusat sesuai di petik. Pastikan aktiviti memetik baby corn dilakukan selepas 5 hari proses pengisian susu. Lewat daripada waktu tersebut biji jagung akan terbentuk dan akan menjadi jagung muda. Pastikan memetik baby corn selepas berlakunya proses pendebungaan dan peringkat pengisian susu jagung. Peringkat ini tongkol jagung masih lembut dan manis jika di makan mentah.
Terdapat beberapa varieti jagung manis yang sesuai ditanam untuk tujuan menghasilkan baby corn. Antara varieti jagung manis yang ditanam di Malaysia ialah seperti Thai Super Sweet (TSS),Jagung Big Fruit 926, Jagung White-Yellow 723, Jagung Yellow 928 dan Hibrid F1 (1000 dan Hibrid 1001) ada yang banyak hasilkan baby corn. Tongkol baby corn di tuai dengan tangan dan di kumpulkan didalam bakul. Buangkan selaput hijau kulit paling luar beberapa lapisan dan buang atau potong 50% bahagian atas selaput jagung sehingga 1/4 bahagian.
Ada juga kaedah lain yang ‘togelkan’ terus kulit baby corn mengikut kehendak pasaran. Lazimnya untuk pasaran segar di letakkan 4-5 biji baby corn disusun dalam satu bungkusan yang dijual pada harga ladang sekitar RM 1.00 satu pek. Baby Corn perlu dipasarkan segera kepada pengguna untuk mempastikan kesegarannya. Jika hendak disimpan dalam peti sejuk, baby corn boleh tahan sehingga 5-7 hari dengan tahap yang masih segar.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020