Tanaman kuchai merupakan satu jenis sayuran yang sering digunakan dalam masakan terutama char keuy teow. Tanaman kuchai (Allium tuberosum) atau (Allium ramosum) ini adalah sejenis tanaman yang berasal daripada keluarga Alliaceae iaitu sama dengan keluarga Bawang. Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan tanah rendah. Penanaman kuchai biasanya dilakukan secara komersial dengan penanaman di atas batas dengan menggunakan bahan organan seperti baja tahu ayam dan sebagainya. Kebiasaanya kuchai akan dituai dengan mencabut setaip rumpun dan dibersihkan tanah dari akar sebelum dibasuh dan dikumpulkan dalam bakul.
Walaubagaimanapun dengan teknologi fertigasi, tanaman kuchai ini dapat dijalankan secara kekal. Di mana, tanam sekali, tuai berkali – kali. Teknologi penanaman kuchai secara fertigasi juga mampu meningkatkan hasil tanaman. Purata hasil pengeluaran 250 gm / polibeg. Kuchai ini pula boleh dituai 2 minggu sekali selepas penanaman.
Cuba pembaca bayangkan satu polibeg sekali tuai 250 gm. Kalau kita ada 1000 polibeg, hasil sekali tuai 250 kg. Purata harga ladang RM2.00. Satu bulan, dua kali tuaian, ini bermakna pendapatan untuk sebulan adalah
RM 1000.00. Manakala penggunaan baja adalah minima dan kurang penjagaan. Kalau ada 3000 polibeg, pendapatan bulanan adalah RM3,000, senang – senang.
Tanaman kuchai ini juga sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai teknologi kuchai fertigasi ini, boleh hubungi saya di email ysuhaimi@gmail.com
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
salam.campuran yang digunakan jenis 7:3:2 atau sebaliknya.tq.
Kita hanya menggunakan satu jenis media sahaja.
Salam, Tuan, dimana bolih saya dapatkan benih kucai?
Wsalam,
saya akan emailkan pada tuan. Pasal kene tunggu musim penanaman kucai konvensional tamat br ada benih.
salam tuan, boleh emel kpd saya mana nak dapatkan benih kuchai, dan bagaimana nak pasarkan, dan apa potensi pasaran kuchai ni, takut tak laku pulak..
Mana nk cr benih kucai akar
Boleh cuba http://pnptanimaju.blogspot.com
Assalamualaikum…. Tuan, saya berminat tentang penanaman kucai ini… Boleh saya beli benih kucai ini dengan tuan?…. Secara tidak langsung saya boleh belajar bagaimana cara penanaman kucai dengan betul….
Wsalam,
Boleh hubungi saya secara persendirian untuk kaedah penanaman kucai dan no pembekal untuk benih kucai. ysuhaimi@gmail.com
salam,
boleh saya tahu baja apa yg digunakan utk jadikkan kucai tu panjang dan lebar.
saya ada tanam beberape pokok kucai di rumah tapi tak berape menjadi.
Wsalam,
Baja fertigasi kucai
Assalamualaikum Tuan..
Buat kursus utk tanaman kucai tak..?
Wsalam,
Latihan seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan. Nantikan pengumuman daripada semasa.