Dalam penanaman secara fertigasi kita selalu sebut EC (bukan isi).
Biasanya kita sebut apabila kita nak bancuh baja fertigasi.
Berapa EC diperlukan? Contohnya, 1.5, 2.0 dan sebagainya.
Tetapi tahu tak kita apa itu EC.
EC merupakan singkatan kepada Electrical Conductivity atau Kekonduksian elektrik adalah ukuran keupayaan sesuatu bahan untuk menampung pengangkutan bagi caj elektrik.
Unit EC adalah ?S. Sebutan mikro Siemen.
Dengan bahasa mudah EC ini merupakan satu bacaan yang menunjukkan ada caj elektrik di dalam air atau sesuatu larutan.
Sebagai contoh, ion – ion di dalam larutan membawa caj elektrik.
Bacaan ini kita boleh ukur menggunakan EC meter.
Baja fertigasi di dalam bentuk serbuk atau power tidak memberikan apa – apa caj.
Tetapi apabila baja fertigasi ini dilarutkan ke dalam air, ion – ion akan terpisah daripada ikatannya lalu memberikan bacaan EC mengikut kepekatan ion tertentu.
Contohnya, MgSO4
Apabila MgSo4 dilarutkan di dalam air akan terhasilnya ion Mg(+2) dan SO4(-2).
Ion Mg bercas positif dan SO4 bercas negatif.
Ion – ion ini akan memberikan bacaan nilai EC.
Sebagai contoh apabila kita bancuh air baja.
Kita masukkan 10 liter baja A dan 10 liter baja B ke dalam tangki air 600 gelen.
Kita kacau air dalam tangki sehingga sebation selama 3 – 5 minit.
Kemudian kita ambik EC meter dan ukur bacaan EC yang kita perlukan.
Disebabkan ion – ion ini memberikan bacaan EC di dalam larutan baja, ia mudah untuk pengusaha fertigasi mengukur kepekatan baja menggunakan EC.
Walaubagaimanapun, formulasi stok baja yang digunakan hendaklah betul dan segala serbuk baja mestilah larut dengan sempurna.
Bagaimanakah EC mempengaruhi pertumbuhan tanaman.
Kekonduksian elektrik air sebenarnya mengukur tahap kemasinan.
Berlebihan kemasinan yang tinggi boleh memberi kesan kepada tumbuhan dengan cara yang berikut:
1. ketoksikan daripada ion tertentu (seperti natrium)
2. tekanan osmosis yang lebih tinggi sekitar akar menghalang penyerapan air yang cekap oleh kilang.
Sesetengah tumbuh-tumbuhan adalah lebih mudah terdedah kepada kekonduksian elektrik daripada yang lain dan setiap species mempunyai tahao kekonduksian elektrik yang rendah, makin tinggi EC akan menyebabkan toksik kepada tanaman tersebut.
Bagaimana untuk mengambil bacaan EC dengan betul
Dalam usaha untuk mempunyai bacaan EC yang boleh dipercayai, adalah penting untuk mengambil bacaan EC dengan betul.
1. Rendamkan meter EC dalam sampel air. EC meter perlu direndam hanya sehingga aras yang ditunjukkan dalam arahan. Jangan sekali-kali tenggelamkan meter EC sama sekali.
2. Kacau sampel air perlahan dengan meter EC.
3. Tunggu beberapa saat sehingga bacaan yang stabil dan mengambil bacaan EC.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Air telaga saya ada bacaan EC 0.34… Jika kita nakkan bacaan EC 1.5, perlukah kita dapatkan bacaan EC 1.5 (Baja) + 0.34 (EC air). Maksudnya bacaan EC yang diperlukan ialah EC1.84(?)
Air kosong dalam konteks ini air telaga mempunyai bacaan EC bermakna terdapat galian di dalam air tersebut. Kebiasaanya air kosong mempunya EC kurang daripada 0.1. Secara logiknya boleh kita buat demikian hanya masukkan sahaja baja EC 1.5. Tetapi kita harus ingat apakah jenis galian yang ada dalam air tersebut. Adakah galian yang ada dalam air telaga tersebut memberikan kesan kepada tanaman kita.
Jika tiada kesan pada tanaman kita. Kita boleh terus letak EC 1.5. Abaikan Ec air telaga tersebut dalam kes ini 0.34.
Antara terlebih memberi EC baja @ terkurang EC baja, yang manakah membawa mudarat yang lebih kepada tanaman? Terima Kasih
Soalan ini boleh diibaratkan seperti pepatah melayu. Diluak mati emak. Ditelan mati bapak. Jawapan saya adalah memberi EC lebih, tauke kebun sakit. EC kurang, prestasi pokok kurang memberangsangkan. Jadi pastikan kepekatan baja hanya cukup pada setiap tahap pembesaran.
Salam..sy tnam rock melon guna fertigation system..jd ec dia sy nk 2.5…jd sy start ec dgn 0.5..adakah kne naikkan 0.1 setiap hari sehingga capai 2.5..? Atau adakah 0.5 terus 1 terus 1.5..?mna y lebih baik?
Terus bagi 2.5. Mudah dan ringkas.
salam meter dist 4 saya tak menunjukkan angka 0.00 dan asyik berubah2 naik turun naik turun, tak fixed pada satu2 no. minta bantuan bagaimana nak betulkan?
Wsalam, itu menunjukkan bahawa sensor Ec dah rosak.