Ramai pengusaha fertigasi terutama yang baru ingin menceburi industri fertigasi mudah dan senang menyerahkan wang modal kepada konsultan.
Sebagai contoh, JIka anda melabur RM XX,XXX di dalam bisnes fertigasi apa yang patut anda dapat?
Dalam bahasa yang lain, apa yang konsultan perlu berikan kepada anda setimpal dengan pelaburan modal anda.
Harga kos projek fertigasi adalah sekitar RM 6.50 sepolibeg tanpa pemasangan dan RM 8.00 sepolibeg dengan pemasangan.
Jika anda melabur RM 24,000, anda sepatutnya peralatan dan bahan input untuk kapasiti pengeluaran 3700 polibeg.
Manakala, jika anda mengambil pakej pemasangan anda sepatutnya mendapat polibeg sebanyak 3,000 polibeg.
3,000 polibeg merupakan jumlah ekonomi untuk seorang pengusaha fertigasi bagi tanaman cili dan rockmelon.
Artikel akan datang, saya akan ceritakan apa barangan dan input fertigasi yang setimpal dengan projek anda.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Sistem pengairan ramai yg tak tahu buat. Main terjah juga tu..termasuk saya.. heheh.
Boleh tuan reka gambarajah sistem pengairan utk bilangan polibag 3000 ke atas… boleh ke guna paip 32mm sebagai paip utama?
Saya akan postkan satu artikel terkini mengenai susun atur sistem pengairan fertigasi.