Sistem Pengairan Edisi Terjah Fertigasi

Jika kita lihat polipaip yang digunakan di dalam system pengiran fertigasi terdapat dalam saiz 16, 20, 32 mm dan seterusnya.

Bukan sahaja saiz polipaip ini berbeza tetapi gred dan peratus kandungan buatan juga berbeza.

Peratusan kandungan buatan ini akan menyebabkan samada polipaip tersebut dikategorikan pada gred berapa.

Secara umumnya gred polipaip boleh diketegorikan kepada tiga iaitu kuning, biru, hijau atau merah dan sebagainya.

Gred polipaip ini boleh dikenal pasti melalui jalur warna pada polipaip itu sendiri.

Apa yang menjadi masalah pada pengusaha fertigasi adalah polipaip 16 mm atau 20 mm yang digunakan sebagai paip pembahagi atau polipaip ke barisan tanaman.

Selalunya untuk paip pembahagi, polipaip yang digunakan adalah daripada jenis Low Density Polyethylene atau LDPE.

Ini adalah berbeza dengan High Density Polyethylene atau HDPE.

Macam mana kita nak bezakan.

Mudah sahaja.

Polipaip LDPE kita boleh patahkan kerana sifatnya yang menganjal.

Ini sebabnya kena tidak berlaku kebocoran pada tempat sambungan mikrotiub.

Manakala HDPE pula kita tidak boleh patahkan kerana keras dan sifat paip HDPE ini pula ia tidak mengajal.

Sekarang ini ramai pengusaha yang terkena.

Apabila beli polipaip hanya boleh guna sekadar 1 musim apabila musim kedua polipaip ini sudah pecah.

Rata – rata polipaip yang dijual tidak berkualiti.

Sebelum itu mari kita susun gred polipaip ini mengikut gred terbaik kepada kurang baik.
1. Jalur kuning
2. Jalur biru
3. Hijau, merah dan sebagainya.

Gred di atas hanya untuk polipaip LDPE.

Polipaip gred tiga ini semakin banyak dijual oleh kedai pertanian.

Kedai pertanian membeli paip kelas ketiga dengan harga yang murah tetapi menjual dengan harga kelas satu.

Boleh ke macam itu?

20150401_161344

Biasanya polipaip gred satu 20 mm panjangnya 250 mm sekitar Rm 110 manakala polipaip gred dua 16 mm dengan panjang 300 m adalah sekitar RM 110.

Harga sama tetapi panjang berbeza.

Polipaip kelas tiga ini apabila kita potong dan buat penyambung pada Sambungan T atau elbow ianya mudah crack pada tempat sambungan tersebut.

20150401_161338

Ketahanan poli gred tiga kurang disebabakan bahan buatannya tidak berkualiti.

Justeru ramai pengusaha yang hanya dapat gunakan poli jenis ini sekadar satu musim penanaman sahaja sekitar 3 ke 6 bulan sebelum berlaku banyak kebocoran pada system pengairan fertigasi.

Kadang – kadang ada juga polipaip ketebalan tidak sekata.

Di bawah garis ketebalan tebal.

Di tempat tiada garisan nipis.

Ini kerana pengilang tahu pengusaha akan tebuk di atas garisan untuk masukkan mikrotiub.

Justeru, sebagai pengusaha kita perlu bijak.

Apabila membeli polipaip pastikan grednya terlebih dahulu.

Pastikan ketebalan dinding polipaip adalah sekata.

Cuba masukkan connector dan lihat samada polipaip koyak atau tidak.

Jika tidak koyak baru beli.

Begitu juga yang ambik pakej.

Sila tanya polipaip yang dibekalkan gred berapa.

Selepas ini diharap pembaca semua tahu bahawa polipaip ini bukan sahaja terbahagi kepada “baik punya atau tak baik punya”

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Sistem Pengairan Edisi Terjah Fertigasi

  1. hdmotion says:

    Terima kasih atas info yg berikan. Saya baru tau ada gred.
    Selama ni saya guna jalur hijau sahaja. Tp alhamdulliah belum ada yg koyak.

    Rujuk gambar diatas adakah gred 3 (jalur hijau) itu yg tiruan atau memang itu gred 3 betul?.

    Dengan kata lain memang jalur hijau itu mudah koyak?

Leave a Reply