BUNGA TELANG

Bunga Telang

Bunga Telang

Bunga Telang atau nama saintifiknya ialah Clitoria ternatea. Orang Melayu menggelarkannya Bunga Telang manakala orang Thailand menamakannya sebagai anchan, orang India aparajita dan orang Cina dié dòu manakala bahasa Inggerisnya butterfly pea atau blue pea atau cordofan pea.Pokok bunga ini berasal dari kawasan tropika di benua Asia dan telah disebarkan ke benua-benua Amerika, Afrika dan Australia. Clitoria ternatea adalah pokok kekacang yang memanjat yang mampu tumbuh subur di negara yang mempunyai cuaca yang panas seperti di negara kita.

Lazimnya bunga telang dibiakkan menggunakan benih yang terdapat di dalam kekacangnya .  Bentuk benih bunga telang bulat pipih dengan kulit berwarna hitam. Biasanya bunga ini ditanam untuk tiga tujuan. Pertama sebagai tanaman hiasan; kedua sebagai tanaman pemulih tanah (akarnya boleh menguraikan tisu nitrat di dalam tanah menjadikan tanah lebih subur).Ketiga bunga dari pokok ini dituai untuk dijadikan pewarna dan perisa makanan.

Benih bunga telang

Benih bunga telang

Bunga telang ini merupakan sejenis pokok menjalar dan memerlukan sokongan seperti kayu pemancang untuk menjalar.ia mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat sekiranya ditanam pada tanah yang subur. Mudah untuk ditanam, hanya semai biji benih dan menyediakan kayu pemancang sepanjang 60 cm (2 kaki) dan lilit dawai untuk melingkungi pokok.  Pokok akan tumbuh merimbun dengan melilit kayu atau dawai tersebut . Selepas 8 minggu, bunga telang yang mekar boleh dituai untuk dijadikan pewarna makanan seperti nasi kerabu.

 

Kongsikan!
  • 11
  •  
  •  
  •  
    11
    Shares
This entry was posted in Bunga telang and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply