PERBANDINGAN FERTIGASI GANTUNG & BIASA

Fertigasi Gantung

Fertigasi Gantung

Teknologi fertigasi semakin giat diusahakan oleh pengusaha ladang dan pengeluar buah-buahan dan sayuran. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro. Fertigasi. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Tahukah anda, sistem fertigasi sudah mencapai inovasi  apabila Kerajaan cuba mengTransformasikan Pertanian ke arah Pertanian Moden dimana sistem fertigasi secara gantung mula diperkenalkan. Fertigasi secara gantung ini adalah sama kaedahnya seperti fertigasi biasa tetapi kaedah pelaksanaannya sedikit berbeza. Apakah perbezaan diantara dua jenis fertigasi ini dan apakah tanaman yang sesuai boleh ditanam? mari kita lihat perbezaan dan perbandingan dua sistem ini.

 

PERBANDINGAN SISTEM FERTIGASI GANTUNG DAN BIASA

 

‘Teknologi’ baharu dalam bidang Fertigasi ialah Fertigasi Gantung. Amat sesuai di bina jika tanah tapak projek sering dilanda banjir samada banjir kilat atau banjir musim terutamanya di pantai timur. Tapi kos pembinaannya amat tinggi, boleh dikatakan hampir tinggi kali ganda dari kos fertigasi atas tanah. Mengikut sahabat di PPK, kos untuk set up fertigasi gantung sebanyak 1300 polibeg adalah RM 50,000. Manakala kos untuk set up fertigasi biasa dengan jumlah polibeg yang sama adalah RM 11,050. Tetapi adakah hasil tanaman fertigasi gantung lebih daripada fertigasi biasa? Hasil tanaman bergantung kepada pengurusan seorang peserta.

Fertigasi gantung merupakan satu kaedah menanam dengan menggunakan polibeg yang digantung pada sistem para. Para yang dibina dengan menggunakan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong dan tidak diletakkan di atas tanah seperti kaedah biasa yang diamalkan oleh kebanyakan petani. Manakala fertigasi biasa menggunakan polibeg dan tidak mempunyai para, hanya diletakkan dibawah sahaja.

fertigasi gantung ini hanya sesuai untuk tanaman jenis menjalar seperti timun kerana kurang penyelenggaraan seperti prunning tunas air. Ini kerana timun merupakan tanaman yang lasak dan kurang maintainance. Tidak sesuai untuk tanaman rock melon,terung, dan cili kerana sukar untuk membuang tunas air jika kanopi berserabut atas trelis itu nanti. Bagi fertigasi biasa, tanaman yang sesuai ditanam ialah cili, melon, kobis,halia,tomato,strawberi dan banyak lagi. Tiada masalah pemilihan tanaman kerana tidak memerlukan para untuk mengantung kerana ia ditanam dibawah. Ada yang saya lihat sesetengah penguasaha fertigasi gantung  menanam rock melon dan polibegnya digantung yang tentunya menyukarkan kerja membuang tunas air, manakala bagi fertigasi cili gantung pula ini adalah sangat tidak selamat apabila pengusaha melakukan aktiviti meracun. Masalah juga turut muncul, jika tiang sokongan timun fertigasi gantung yang dibuat tidak kukuh, akan menyebabkan struktur ini roboh dan merugikan pengusaha. Telah banyak kes, bahkan sehingga menyecah RM 200 ribu nilai kerugian untuk satu ladang.

Selain selamat dari banjir, kerja-kerja meracun rumput juga mudah tetapi bukan meracun pokok,bagaimana nak spray racun pada tanaman terung dan cili. Ini membahayakan operator yang menyembur racun.selain itu juga dapat mengelakkan serangan binatang buas seperti babi. ada pihak yang menyatakan fertigasi gantung dapat mengelakkan soil borne disease. Tetapi untuk pengetahuan anda juga, fungsi utama sistem fertigasi sememangnya mengelakkan soil borne diseases. Sekiranya kawasan anda tidak mempunyai masalah banjir dan serangan binatang buas,jadi tidak praktikal anda menggunakan kaedah sistem fertigasi gantung ini. Fertigasi biasa adalah sangat mudah dijaga dan melakukan penyelengaraan kerana tidak memerlukan tangga untuk mencantas dan menyembur racun pada pokok.

Secara amnya fertigasi gantung ini merupakan sistem yang dapat meningkatkan pulangan pendapatan, sama seperti fertigasi biasa. Fertigasi gantung menawarkan satu lagi pilihan yang boleh diintegrasikan bersama seperti tanaman halia. Walaubagaimana, kos struktur sokongan yang tinggi menyebabkan pulangan fertigasi gantung agak lewat berbanding sistem fertigasi biasa.

Jadi pilihan ditangan anda, sekiranya anda berminat untuk menanam timun, fertigasi gantunglah adalah salah pilihan yang ada di industri. Untuk tanaman yang lain fertigasi biasa mampu memberikan keuntungan yang lumayan buat anda.  Selamat menanam.

 

 

 

 

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in fertigasi gantung and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to PERBANDINGAN FERTIGASI GANTUNG & BIASA

  1. Mohd Salahudin says:

    Salam tuan. Sy ada bertemu dgn pgusaha fertigasi gantung. Dia maklumkn yg tanaman gantung mengurangkan penyakit kerana serangga tidak dpt smpi ke daun pokok kerana di gantung. Mohon penjelasan tuan. Trima kasih

  2. Mohd Suhil says:

    Saya baru bercadang nak buat tanaman fertigasi terung gantung..tapi saya nak buat tidak terlalu tinggi gantungnya..1 kaki dari paras tanah..bolehkah begitu..

Leave a Reply