INDUSTRI HERBA: PRODUK, POTENSI, PELUANG DAN NILAI INDUSTRI

Produk herba

herba

Produk Herba merupakan Tumbuhan herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Biasanya, tumbuhan herba mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok herba telah lama digunakan orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. pokok herba juga sedap dibuat sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. pada masa kini herba semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia dimana herba dijadikan produk kecantikan dan kesihatan. Seperti yang kita lihat di kaca TV, fenomena qu puteh, herba terlajak laris menjadi semakin hangat diperkatakan.

Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan moden dengan menggunakan bahan-bahan alam semula jadi seperti tongkat ali,kacip fatimah,serai wangi,sambung nyawa,kunyit,kayu manis,pengaga,misai kucing dan sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.

Herba biasanya dikelaskan berasaskan kegunaan akhirnya dan bahagian pokok yang digunakan. Terdapat lima kategori utama produk herba iaitu :

1. Makanan – makanan kesihatan, makanan tambahan, bahan perisa dan pewarna makanan.
2. Ubatan herba – ubatan tradisional, fito-ubatan.
3. Penjagaan diri – kosmetik dan wangian.
4. Industri kimia – biopestisid, wangian.
5. Farmaseutikal – dadah tersenarai, dadah tidak tersenarai.

Potensi dan peluang

Industri herba di Negara kita mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia mampu bersaing dengan negara luar sebagai pengeluar produk herba. Menerusi portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), industri itu dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara. Inisiatif tersebut merupakan projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bagi menyelaras dan memantau keberkesanan pelaksanaan EPP1 High Value Herbal Products, Subkumpulan Herba ditubuhkan di bawah MOA.
Terdapat 215,000 jenis tumbuh-tumbuhan di negara ini. Daripada jumlah itu, 3,000 tumbuhan sesuai untuk perubatan. Namun, hanya 50 hingga 100 tumbuhan antaranya tongkat ali, misai kucing dan pegaga yang digunakan untuk dijadikan pelbagai produk.

Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah. Penjualan tahunan industri herba Malaysia ialah RM2 bilion sementara pasaran global untuk ubat-ubatan herba adalah bernilai US$12 bilion. Dalam Dasar Pertanian Ketiga Negara,tumbuhan ubat-ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi dengan memberi penekanan menjadikan Malaysia pusat pembangunan bahan –bahan mentah untuk kegunaan industri. Kerajaan mensasarkan 10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan dan ini memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menanam herba.

10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan adalah seperti berikut :

• Tongkat Ali
• Pegaga
• Mengkudu
• Dukung Anak
• Kacip Fatimah
• Halia
• Misai Kucing
• Hempedu Bumi
• Mas Cotek
• Limau Purut

Berdasarkan potensi industri itu, kementerian turut menggariskan industri herba sebagai industri baru yang akan dibangunkan secara komersial di bawah Hala Tuju Strategik 2: Meningkatkan Sumbangan Industri Agromakanan, Dasar Agro Makanan. Bagi memacu pertumbuhan industri sebagai hab herba, kerajaan juga turut memperkasa kualiti produk dan pemasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa serta menjana pendapatan negara sebanyak RM2.2 bilion menjelang 2020. Industri herba ini juga dapat menjana pendapatan dan memberi peluang pekerjaan untuk rakyat bak kata Ahmad Shabery, industri herba antara sumber kekayaan negara yang boleh dinikmati rakyat.

Marilah kita menanam herba~

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Herba and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply