MEDIA TANAMAN DARIPADA BAHAN INORGANIK

Bahan inorganik adalah bahan dengan kandungan unsur mineral tinggi yang berasal dari proses pelapukan batuan induk di dalam bumi. Proses pelapukan tersebut diakibatkan oleh berbagai proses, iaitu pelapukan secara fizik, biologi-mekanik, dan kimia. Selain itu, bahan inorganik juga berasal dari bahan-bahan sintetik atau kimia yang di proses. Beberapa media inorganik yang sering dijadikan sebagai media tanam iaitu gel, pecahan batu bata, clay ball, vermikulit, dan perlit.

1. Media tanaman tanah liat (clay ball)

hydro2. Perlite atau vermiculite

korrelisolatie

vermiculite

Perlite atau vermiculite ialah mineral silika yang telah mengalami pemanasan pada suhu tinggi. Proses ini telah menyebabkan mineral telah melalui proses pengembangan (semacam pop corn). Hasilan daripada proses tersebut, mineral berkenaan akan menjadi steril dan mampu menyerap air dengan banyak dan sebaliknya boleh dikeringkan dengan cepat. Sehubungan dengan itu, kedua-dua bahan ini digunakan untuk meningkatkan isi padu, saliran dan pengudaraan pada media pengakaran. Bahan ini juga tidak mudah terurai dalam beberapa tahun. Pelite / Vermiculite masa ini banyak digunakan sebagai bahan dalam media pengakaran. tanaman. Ianya tidak digunakan sebagai media penanaman secara komersial kerana kosnya yang agak tinggi. Bahan-bahan ini bersifat neutral.

Perbezaan utama antara perlite dan verculite ialah dari segi bentuk fizikal dan ini ada hubungkait dengan batu asal ianya terhasil. Pada umunya perlite lebih cekap dalam penyimpanan nutrien untuk tanaman dan saliran.Sebaliknya vermiculite berupaya mengekalkan kelembapan dengan lebih baik disamping dapat mengekalkan kalsium, potassium dan magnesium.

3. Hydroball ( Gel)

hydroball

Gel atau hidrogel adalah kristal-kristal polimer yang sering digunakan sebagai media tanam bagi tanaman hidroponik. Penggunaan hydroball ini adalah sangat efisien dan mudah untuk digunakan. Selain mempunyai pelbagai warna yang menarik,hydroball ini mampu memberikan keindahan dan kecantikan kepada tumbuhan yang ditanam. Ia sesuai dijadikan sebagai media untuk tanaman hiasan seperti kaktus, terrarium, bunga segar dan lain-lain. Hydroball ini berupaya memegang banyak air dan mampu memberi kelembapan kepada tumbuhan. Kita tidak perlu menyiram dan tidak perlu risau meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi, Media and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply