CARA PEMPROSESAN KEREPEK SUKUN


Buah sukun yang kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau sukun rebus. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. Disamping itu pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan dari tepung atau kanji daripada sukun.

Bahan-bahan untuk Kerepek Sukun:
1 Biji Buah Sukun (1.2kg)
2 Sudu Besar Garam
1 L Minyak Masak
Air Secukupnya

Cara membuat Kerepek Sukun:

1. Larutkan garam dalam air. Ketepikan.

2. Buah sukun dibelah empat. Buangkan empulur dan kulitnya. Bersihkan.

3. Sagat sukun yang telah dipotong kecil menggunakan penyagat.
4. Panaskan minyak masak sehingga 210 darjah celcius.
 5. Apabila minyak cukup panas, masukkan hirisan sukun secukupnya.
6. Kacau sebentar supaya sukun mendapat kepanasan gorengan sekata kemudian curahkan 1 sudu air garam.
7. Teruskan menggoreng sambil dikacau dan dibalik-balikkan sekali-sekala sehingga warnanya sedikit kekuningan.

 8. Angkat dan tuskan minyaknya. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Tip Masakan Komersial
1. Untuk membuat kerepek, perlu memilih buah sukun yang telah matang. Tidak boleh yang masak dan tidak boleh yang muda. Buah yang muda rasanya tidak lemak manakala buah yang telah masak, sukar dihiris nipis kerana isinya telah lembut.

2. Untuk memilih buah yang telah cukup matang, getah yang meleleh dari tangkai buah pada kulitnya. Jika terdapat lelehan getah yang banyak dan mengering meniggalkan garisan berwarna gelap sekeliling buah, barulah buah itu sesuai dipetik. Buah seperti ini boleh perlu disimpan ditempat sejuk supaya ia tidak menjadi masak dan lembik.

3. Selepas buah sukun dipetik, biarkan sehari atau dua hari untuk getah mengering. Getah menyukarkan proses membersihkan dan menghiris buah. Getah juga menyebabkan buah sukun yang dihiris menjadi coklat keperangan.

4. Kerepek sukun tidak seharusnya dipotong terlalu nipis. Kerepek sukun yang terlalu nipis menyebabkan ia menjadi keras. Apabila memakannya, terasa seperti mengunyah kaca. Lebih baik ia sedikit tebal supaya ia lebih rapuh dan rasa lemaknya lebih ketara.

5. Sukun yang telah masak mempunyai rasa sedikit manis, jadi ia tak sesuai dijadikan kerepek kerana kerepek sukar rangup dan warnanya akan lebih gelap. Lebih baik dijadikan sukun goreng atau jemput-jemput sukun sahaja.

Kongsikan!
  • 8
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares
This entry was posted in Cara Pemprosesan Kerepek Sukun and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply