Hari ini saya nak berkongsi tentang kos penanaman secara fertigasi. Kali ini saya akan memberikan tumpuan pada tanaman cili. Sekarang ini sedang musim orang ‘mengila’ tanam cili. Ramai yang bercita-cita nak menjadi juatawan cili tapi ramai yang kencudang di tengah jalan. Antara punca utama adalah tidak mengawal KOS.
Ramai pengusaha tidak berani menceburi bidang fertigasi kerana mereka kata kos penanaman secara fertigasi sangat tinggi. Cakap mereka memang betul, tetapi hanya kos atau modal permulaan sahaja yang tinggi. Kos bagi musim kedua dan seterusnya sudah menurun sehingga 40% kerana kita tidak perlu lagi berbelanja untuk infra seperti sistem pengairan dan sebagainya.
Adalah penting bagi kita untuk mengenai pasti kos atau modal permulaan sebelum kita memulakan sesuatu projek, begitu juga dengan projek fertigasi. Kos penanaman cili fertigasi samaada cili merah/besar atau cili padi jatuh RM3.50 sepokok atau satu polibeg. Kos ini termasuk sistem pengairan, polibeg, media, racun kawalan serangga dan kulat, dan baja fertigasi bagi satu musim iaitu enam bulan. Ini adalah kosnya seandainya kita selaku ‘bos’ dan ‘kuli’. Andai kata, kita menggunakan pekerja dan mengupah orang untuk pasang sistem fertigasi, kosnya adalah di antara RM9.00 sepokok atau satu polibeg.
Perkiraan adalah sebegini, seandainya kita menanam 1000 pokok cili;
1000 Pokok x RM 3.50 = RM3500.00
Itulah kos bagi penanaman 1000 pokok cili begitulah sebaliknya jika kita tanam 10000 pokok adalah RM35000.00 kosnya. Jumlah pokok ekonomi untuk seorang adalah 3000 pokok cili besar, manakala pokok cili padi adalah 500 – 1000 pokok. Jika kita berkongsi dalam projek fertigasi pastikan jumlah pokok kita mencapai saiz ekonomi bagi menjamin keuntungan yang tinggi. Sebagai contoh, jika berkongsi 3 orang, pastikan jumlah pokok yang ditanam adalah sebanyak 9000 pokok cili besar dan 1500 – 3000 pokok cili padi.
Gambarrajah di bawah adalah snapshot slide ceramah saya bagi mengira margin kita sebagai rujukan bersama (baca disclaimer).
Jika kita lihat margin untuk sepokok cili besar adalah RM7.00 setelah ditolak dengan kos. Andai kata jika kita mempunyai 3000 pokok, maka keuntungan kita adalah RM21000.00 pada harga RM4.20. Jika harga cili naik sehingga RM14.00 bayangkanlah berapa pendapatan kita!. Lihat pada angka pendapatan pasti ramai yang mahu terlibat dalam bidang fertigasi. Kita mesti memperolehi purata hasil sepokok sebanyak 2.5 kg barulah kita dapat pendapatan sedemikian.
Untuk memdapatkan hasil sepokok, 2.5 kg amatlah tidaklah sukar. Ini cuma memerlukan perhatian dan disiplin daripada diri kita sendiri. Di dalam ceramah, saya selalu berpesan kepada peserta.
Income yang besar memerlukan kerja, usaha, displin dan perhatian yang tinggi.
Assalamualaikum..
Saya Azizul dan amat tertarik dengan artikel2 saudara. Saya mohon pertolongan saudara untuk jelaskan kepada saya berkaitan keadaan di mana sekiranya penanaman pokok cili secara fertigasi dijalankan di kawasan redup seperti di kawasan kebun getah muda (pokok getah masih belum boleh ditoreh,anggaran usia pokok getah 3-5 tahun) . Perjelasan dari saudara amatlah saya hargai..
Saya kongsikan pengalaman saya bersama Tuan. Saya pernah membuat projek fertigasi cili padi di bawah pokok getah muda dan mampu mengeluarkan hasil dan seterusnya pengusaha tersebut memperolehi keuntungan yg lumayan. Pokok cili memerlukan kadar cahaya sebanyak 2400 lux untuk berbunga. Walaubagaimana saya tidak dapat memastikan kadar keredupan di ladang getah Tuan. Saya berharap agar Tuan dapat mengirimkan gambar ladang getah Tuan, bagi memastikan ianya sesuai atau pun tidak. Sila emailkan ke ysuhaimi@myagri.com.my
hello…nama sy Larry…berasal dari negeri Sabah….sy brminat utu mengikuti kursus fertigasi tanaman cili…adakah kursus ini di adakan di Negeri Sabah?
Di sabah dalam bulan Jun di tawau, sabah.
assalamualaikum
nak tanya la, berapa keluasan yang sesuai untuk 5000 pot tu ?
Wsalam, sifar mudah adalah satu ekar boleh muat 3000- 4500 pokok termasuk infra dan jalan ladang
salam….saya sangat berminat untuk menanam cili padi menggunakan kaedah ini..boleh ka bagi secara details mengenai kos untuk menanam 5000 pokok…berapa harga peralatan, baja n segala2 nya sehingga lah ke penghasilan lada tersebut….terima kasih..:)
Kos penanaman cili padi secara fertigasi adalah seperti berikut:
Kos sepokok bagi 1 musim adalah adalah rm3.50
Kalau saudari buat 500 pokok maka kosnya adalah rm 1750.
Kos itu adalah bg musim pertama, mana kala bg kos musim kedua, kosnya berkurang sehingga 70%. Ini kerana kita tidak perlu lagi membeli polibeg, media dan sistem pengairan lagi
Salam..adakah kos ini termasuk kos struktur pelindung hujan(SPH).
Wsalam,
Kos ini tidak termasuk kos SPH. Kos pembinaan SPH dianggarkan rm 4 – rm6 sekaki per segi.