15 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENGUSAHA FERTIGASI (Bahagian 1)

Pada kali ini saya akan tunjukkan kesilapan – kesilapan yang biasa dilakukan oleh pengusaha fertigasi. Kesilapan – kesilapan ini sering saya perhatikan di ladang – ladang fertigasi, baik pengusaha besar mahu pun pengusaha kecil, mereka – mereka yang sudah lama terlibat dalam bidang ini juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan yang akan kita lihat bersama nanti.

1. Guni media dilonggok tanpa lindungan

Guni – guni media seperti coco peat atau sekam padi bakar diletakkan secara bertimbun di kawasan ladang secara terdedah. Lama – lama guni ini akan mereput dek hujan dan panas seterusnya, media kita akan bertaburan di atas tanah.

Kalau boleh guni – guni media disusun secara teratur dan diletakkan di bawah redupan atau bangsal bagi menggelakkan ianya mereput dengan pantas. Kalau tiada bangsal seelok-eloknya ditutup dengan kanvas guni media kita.

2. Media (coco peat) dibiarkan terdedah

Media seperti coco peat yang tidak habis dibegging hendaklah ditutup supaya tidak ditiup angin dan menjadi tandas haiwan seperti kucing dan anjing.

3. Penggunaan polibeg berwarna putih

Penggunaan polibeg berwarna putih yang mudah rapuh dan koyak. Polibeg berwarna putih ini tidak tahan lama dan kebiasaannya tidak sampai satu musim sudah koyak. Pengusaha yang menggunakan polibeg berwarna putih terpaksa membeli polibeg baru apabila mahu memulakan penanaman musim kedua. Ini akan menyebabkan pertambahan kos pada musim kedua. Kos tambahan ini dapat dielakkan jika pengusaha menggunakan polibeg berwarna hitam.

Polibeg berwarna putih koyak sebelum musim tanaman habis. Ini menyebabkan pengusaha menampal polibeg mereka bagi mengelakkan media bertaburan dan air daripada keluar daripada polibeg. Kaedah ini dikenali sebagai fertigasi ‘tampal koyok’.

Fertigasi ‘tampal koyok’ ini akan menyebabkan pengusaha menampal banyak polibeg sekaligus mencipta ‘fertigasi pening’ serta memeningkan kepala pengusaha.

4. Polibeg berlubang di bawah

Polibeg berlubang di bawah menyebabkan larutan baja yang diberikan terus keluar daripada polibeg. Ini sekali lari daripada tujuan asal fertigasi. Pembaziran yang berlaku ini amat merugikan pengusaha. Di dalam sistem fertigasi biasanya lubang dibuat di tepi polibeg, atau lebih tepat dua inci daripada dasar polibeg.

5. Struktur pelindung hujan yang tidak diselenggara dengan baik

Bumbung plastik dan jaring kalis serangga yang dibiarkan berlumut mengurangkan kemasukkan cahaya ke dalam struktur. Ini sekaligus memberi kesan kepada pertumbuhan tanaman di dalam struktur. Bumbung plastik dan jaring kalis serangga harus diselenggara dengan mencuci lumut sekurang – kurangnya enam bulan sekali. Jaring kalis serangga yang berlubang harus ditampal bagi menggekalkan fungsi.

Kita akan sambung 5 kesilapan lagi pada artikel yang akan datang.
Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to 15 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENGUSAHA FERTIGASI (Bahagian 1)

  1. Fadhil says:

    apa saiz polibeg terbaik untuk cili? 12×12 ke? ada perbezaan ke saiz polibeg antara tanaman misal cili dengan melon?

  2. salleh says:

    salamm..nak tanye sikit.. Berapa modal untuk 1000 pokok fertigasi..complte set.? tanaman cili..

Leave a Reply