Perbandingan antara media tanaman fertigasi

Kali ini kita nak sembang berkaitan media yang digunakan dalam penanaman secara fertigasi. Saya tak nak masuk secara detail sangat. Kalu nak belajar secara detail boleh contact aku. Secara umumnya semua jenis media boleh digunakan dalam penanaman fertigasi. Ini kerana tujuan atau fungsi media di dalam sistem fertigasi ini adalah sebagai penyokong atau memberikan tempat bagi akar pokok pegang (anchor). Ini berlawanan dengan sistem aeroponik, kaedah penanaman aeroponik adalah completely soilless, di mana akar pokok dibiarkan bergantung.

Antara media yang boleh digunakan dalam sistem fertigasi adalah sabut kelapa, sekam padi bakar, tanah gambut stim (stim peat), batu bata pecah, pasir lombong, batu kelikir halus, vermikulite, rockwool, perlite, rockwool slab, hydroton, Diatomite, dan lain – lain lagi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ciri – ciri yang perlu kita lihat sebelum kita gunakan media tersebut. Antara ciri-ciri tersebut adalah:

1) Media tersebut boleh menyerap air dan mengekalkan kelembapan (moisture)
2) Boleh memberikan sokongan yang baik pada pokok. Example: suhu media yang stabil.
3) Mempunyai ruang udara bagi pertukaran udara dan membekalkan udara pada akar.
4) Mempunyai pH yang sedikit berasid.
5) Tidak mengandungi mikroorganisma yang memberikan kesan pada pokok.

Itu daripada istilah sains tumbuhan. Ini pula syarat-syarat kalau kita nak pilih media:

1) Harga berpatutan. Lagi murah lagi bagi!
2) Ikut kawasan (lokality). Example, kalau di Selangor mudah dapat sabuk kelapa maka pengusaha fertigasi di Selangor gunakanlah sabuk kelapa. Jgn pula pengusaha selangor nak import sekam padi bakar daripada Kedah. Tak berbaloi kos lori dan logistik. Pengusaha fertigasi di Kedah disyorkan menggunakan sekam padi bakar, jangan pulak nak beli sabuk kelapa pula.
3) Selamat digunakan. Media yang kita nak gunakan mestilah tidak mendatangkan kemudaratan pada diri pengusaha.
4) Mudah digunakan.
5) Tahan lama. Boleh digunakan berkali-kali.

Nanti kita sambung lagi berkenaan media fertigasi ini berkenaan media campuran.

Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply