Plant nutrien: Masalah pH Tinggi

Fertigasi dan pH adalah begitu sinonim keduanya. Ini kerana pH memainkan peranan yang penting dalam media dan larutan baja. Media dan larutan baja merupakan dua komponen yang penting dalam fertigasi yang sering dipengaruhi oleh nilai pH. Nilai pH mempengaruhi samaada akar pokok dapat mengambil nutrien yg dibekalkan dalam media.

Nilai pH media yang tinggi selalunya amat mempengaruhi pengambilan mikronutrien seperti Iron atau Ferum. Nilai pH media yang tinggi akan menjadikan mikronutrien kurang soluble dan tidak tidak dapat diambil oleh pokok. Simptom kekurangan mikronutrien disebabkan oleh nilai pH tinggi pada pokok akan dapat dilihat dalam masa 1 – 2 minggu. Jika pengambilan Iron terganggu disebabkan oleh nilai pH media yang tinggi, pokok akan menunjukkan simptom chlorosis pada pucuk baru dan jika tidak dirawat dengan segera pokok akan terbantut secara keseluruhannya.

Berikut adalah beberapa cara bagi kita membuat pemeriksaan dan membetulkan masalah nilai pH media yg tinggi ini:

1) Lakukan pemeriksaan EC dan pH pada media. Daripada sini kita akan dapat mengenal pasti samada masalah tersebut disebabkan kurang pekat baja atau disebabkan nilai pH tinggi. Periksa juga bekalan air baja yg di dalam tangki air anda. Pastikan akar pokok anda tidak rosak disebabkan penyakit pitium. Ini kerana simptom pokok terkena pitium dan kekurangan baja hampir sama.

2) Jika pH media anda terlaku tinggi, ini mungkin disebabkan berlakunya timbunan garam di dalam media. Cara yang paling mudah adalah salurankan air paip kosong ke media sehingga berlakunya limpahan air bagi menurunkan kembali nilai pH media. Kaedah ini kita panggil flushing.

3) Jika didapati sumber air anda mempunyai pH yg tinggi, gunakan calcium carbonate bagi menurunkan nilai pH sebelum diberikan kepada pokok.

4) Lakukan pembetulan masalah kekurangan nutrien pada tanaman dengan menggunakan semburan foliar. Jika masalah kekurangan iron pada tanaman, Lakukan semburan foliar iron. Larut ferum EDTA di dalam air dengan kepekatan 20 – 40 ppm. Semburkan pada pokok 2x seminggu sehingga pokok pulih.

5) Jika anda ada sebarang pertanyaan hubungi saya di ysuhaimi@myagri.com.my

Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan, Melon and tagged , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Plant nutrien: Masalah pH Tinggi

  1. din says:

    julat ph media n air yg terbaik apa?

  2. Fadhil says:

    boleh ke kita gunakan EC dan pH meter yang sama untuk cek kedua-dua air dan media? selamat ke bro untuk cucuk meter2 ni dalam media since dia ada kaca pelindung yang nampak mudah pecah. atau perlu beli meter lain untuk monitor EC dan pH media pulak? TQ bro

  3. Mail says:

    Salam..
    Bolehkah encik senaraikan unsur-unsur yang boleh diguna utk menurunkan atau menaikkan PH media atau air dalam tangki baja. Contohnya air bateri kereta, belerang, cuka getah, kapur pertanian dsb. Jika diberi istilah sains, terus jadi pening.

    TQ

  4. aby says:

    berapa ph media yang terbaik?

  5. ridzuan says:

    salam. nak Tanya kenapa buah rock melon saya merekah? terlebih Baja atau ada penyakit lain…

  6. Faizal says:

    salam. apakah punca penyakit gummy stem blight bg tanaman rock melon?

Leave a Reply