Salam, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.
Selalu saya mendengar rintihan pengusaha terutama pengusaha fertigasi merungut tenteng harga benih yang mahal terutamanya benih hibrid F1. Sebagai contoh, harga cili kulai 469 keluaran Chiap Hup harga lebih kurang RM180 – 190 bagi 20 g. Tetapi kita harus ingat menggunakan benih hybrid F1 banyak kelebihannya berbanding dengan benih bukan hybrid.
Antara kelebihan atau Faedah menggunakan benih hibrid adalah:
1) Anak pokok kita lebih aktif pembesarannya.
2) Hasil yang tinggi
3) Anak pokok membesar dengan sekata (uniform)
4) Tuaian hasil yang pertama cepat dan tempoh kutipan hasil singkat. Dimana satu tahun membolehkan banyak
musim penanaman boleh dilakukan.
5) Tahan dan rintang kepada penyakit.
6) Pokok cepat pulih kesan daripada akibat pindah.
Selamat menggunakan benih hibrid!!!!
bro, rawatan rendaman anak benih dalam racun kulat (Thiram contohnya) perlu tak dilakukan pada benih F1/ F1 hybrid ni?
tidak perlu membuat sebarang rawatan pada anak benih hidbrid. kerana pengilang dah tolong rawat benih tersebut
Bro kat mana nak dapat benih hidbrid tu. cili kulai 469 dan berapa harga
Boleh cuba http://pnptanimaju.blogspot.com