Majlis Perasmian Bangunan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh Johor

Pada 1 Oktober telah berlaku majlis perasmian Bangunan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani yang terletak di Pagoh, Johor. Majlis Perasmian telah disempurna oleh YAB Timbalan Perdana Menteri TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN. Pembukaan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani telah bermula dari 30 September hingga 2 Oktober 2011. Sepanjang Pembukaan tersebut telah diadakan berbagai acara diantaranya Pameran oleh jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pasar Tani dan ladang pengeluaran sayuran dan buahan boleh dilawati.

Bersempena ini juga, YAB Timbalan Perdana Menteri telah melawat serta merasmikan Struktur Persekitaran Terkawal MARDI atau pun dalam bahasa inggerisnya MARDI Control Environment Structure. Aku selaku pemain dibelakang tadbir projek ini berasa bangga apabila YAB Timbalan Perdana Menteri memotong dan memegang buah rockmelon yang ditanam oleh aku.




ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Event, Fertigasi, Melon, Penyakit Tanaman, Tanaman Fertigasi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Majlis Perasmian Bangunan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh Johor

  1. Fadhil says:

    fuh, mantap rockmelon tuh bro

Leave a Reply