Input Free = Pembaziran berganda

Salam 1Dunia. Kali lagi satu pendedahan buruk perangai usahawan Malaysia. Sudahlah input semua subsidi, buat projek main – main, asyik gagal. Selepas itu yang paling saya geram barang geotextile atau weedsuppressor yang mahal harga segulung dibuat macam barang harga RM50 – RM60 jer. Langsung tak menghargai subsisdi.

Geotextile ini digunakan untuk menghalang rumput daripada naik. Lebih berkesan dan tahan lasak berbanding silvershine. Harganya pun boleh tahan. Adakah patut geotextile yang berharga RM1800 – RM3000 segulung dibuat wind breaker. Apa dia harga geotextile ini mcm netting hitam.

Ini lah perangai usahawan Malaysia yang tidak pandai menghargai pemberian subsidi. Ingat masing ramai usahawan yang tidak dapat subsidi, jadi berterima kasih lah.


Geotextile yang mahal dijadikan windbreaker


Kebun dibiarkan berumput asalkan angin tak masuk kebun dengan geotextile jadi pendinding


Mana lah dia berguru ini.

Akhir kata hargai lah pemberian subsidi oleh kerajaan. Ingat masih ramai lagi diluar sana yg layak menerima subsidi selain daripada anda.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Input Free = Pembaziran berganda

  1. jamaludin says:

    bagi salah orang

Leave a Reply