Potensi Perusahaan Cendawan di Malaysia

Cendawan…itulah topik artikel hari ini atau lebih detail lagi berkenaan Potensi perusahaan Cendawan di Malaysia. Kali ini, saya akan go through salah satu potensi dalam perusahaan cendawan iaitu restoren berasaskan cendawan di Malaysia.

Restoren berasaskan cendawan di Malaysia ini masih kurang sesangat (mengikut survey saya). Walaupun ramai pengusaha cendawan di Malaysia, lebih kurang 300 pengusaha tetapi restoren berasaskan cendawan ini baru dua buah aku jumpa di Malaysia ini.

Salah satunya terletak di Kempas, Johor Bahru, Johor. Nama restoren ini Usop Sonta. Tauke kedai adalah seorang pengusaha cendawan secara besar-besaran. Di tempat beliau juga ada membuat agro-pelancongan. Ladang cendawan beliau adalah di belakang restoren cendawan ini (agak jauh jugak lah).

Di restoren masakan utamanya adalah mi sup cendawan ayam dan cendawan goreng. Kalau mi sup cendawan boleh pilih mahu bihun atau mee kuning. Ikut citarasa masing-masing.

Dan kalau dah singgah sini, wajib makan cendawan goreng. Melekat habis.

Macam mana nak ke mari? mudah aja.

Daripada lebuh raya utara selatan. Ambik exit kempas. Kemudian belok kiri. Terus sahaja sampai jumpa restoren ini sebelah kanan.

Ini lah yang dikatakan rantaian lengkap industri. Dari menanam cendawan sehingga produk cendawan tadi. Jadi jangan kita harapkan jualan segar sahaja. Kita mesti tambah nilai produk kita.

Jamulah mata anda dengan gambar-gambar di bawah

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Potensi Perusahaan Cendawan di Malaysia

  1. Norazian bt Aziz says:

    Saya ingin belajar menanam cendawan

Leave a Reply