Pakej peransang ekonomi fertigasi

Pelabur tanaman cili fertigasi di NS lapor polis dakwa ditipu

KUALA LUMPUR 12 Julai – Sekumpulan 30 individu yang melabur dalam projek tanaman cili secara fertigasi di Negeri Sembilan mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat yang diuruskan sepasang suami isteri apabila pelaburan yang dibuat sejak tahun 2008 tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kesemua mangsa yang kebanyakannya pekerja kilang itu difahamkan melabur antara RM5,000 hingga RM50,000 seorang kepada syarikat itu untuk tanaman cili di Jempol.

Bagaimanapun, selepas mendapat keuntungan bulan pertama iaitu kira-kira RM1,500, pasangan suami isteri yang menguruskan syarikat itu mula membuat hal apabila hanya membayar separuh keuntungan selama beberapa bulan namun selepas itu, tiada lagi hasil sehingga sekarang.

Salah seorang mangsa, Mazli Ismail, 40, mereka menyedari tertipu setelah pasangan suami isteri itu mula berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan untuk membuat pembayaran selain mengelak daripada berjumpa dengan pelabur.

Katanya, antara alasan yang diberikan mereka adalah projek tanaman cili itu telah musnah disebabkan bencana banjir yang berlaku di situ, beberapa tahun lalu tetapi setelah diperiksa, projek berkenaan masih lagi berjalan dan menghasilkan keuntungan sekurang-kurangnya 10 tan hasil pengeluaran.

“Mereka memberi alasan, projek cili sekarang ini bukan hasil pelaburan kami tetapi seorang Datuk yang telah memberi modal ribuan ringgit terhadap syarikat milik mereka.

“Oleh itu, kami syak mereka menggunakan wang pelaburan kami sebagai modal untuk mengusahakan projek itu semata-mata untuk menarik perhatian pelabur lain. Selepas itu, kami dibiarkan sahaja tanpa sebarang keuntungan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kerinchi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Halim Dris, 35, berkata, dia telah mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM5,000 pada 2008 untuk melabur dalam projek perladangan ini.

“Saya tidak sangka ketika kerajaan menggalakkan rakyatnya berniaga dan melakukan pertanian, ada yang mengambil kesempatan sedangkan mereka tahu, kami bekerja keras untuk menyimpan wang sebanyak itu,” katanya.

Petikan daripada Utusan Malaysia.

Salam, saya rasa macam terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. Kali ini baru ada mereka yang berani tampil menceritakan keadaan sebenar ttg mereka-mereka yang mengaut keuntungan dgn menipu pakej-pakej fertigasi ini.

Wal hal nya, penipuan pakej-pakej fertigasi mmg dah lama galak. Ada yg dah kaya tapi hidup tak tenang beb. Yg dahsyat saya dengar smpi RM 180,000.00 pun ada. Dunia -dunia. Rujuk bagi posting analisa kewangan fertigasi untuk mengetahuai ttg kos projek fertigasi.

Baru-baru ini lagi dahsyat org buat duit. Buat pakej 50 pokok RM1000. Satu pokok RM 20. Siap canang ini adalah jumlah ekonomi, pakej peransang ekonomi negara tanam cili padi centel. Satu pokok 2 kilogram, harga RM 15 ringgit per kg. Lps 6 bulan dapat 100 kg darab RM15 dapat RM1500. Margin pengusaha RM 1500-1000 = RM500. Kerja untuk 6 bulan, sebulan hanya dapat RM RM 90++. gila ker aper ni. Baik kerja kilang dpt juga RM 900-1500. Kalu ot.

Org-org yg mcm ni mmg perosak bangsa dan negara. Hentikan penipuan pakej-pakej fertigasi ini. Org-org yg mcm ni lah merosakkan industri fertigasi. Bagi mereka yg di luar sana tu dapatkan lah maklumat yg tepat dan betul dalam penanaman secara fertigasi.

Sekian, terima kasih.

Ysuhaimi, KLIA

Kongsikan!
This entry was posted in Cerita kegagalan, Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply