Dalam siri kali ini kita akan berkenal dengan serangga perosak yang sering menyerang pada bahagian bunga tanaman cili dan rockmelon. Tidak lain tidak bukan iaitu Kutu Thrip atau nama saintifiknya adalah Thrips palmi Karny. Kutu thrip sering menyerang bahagian bunga tanaman dengan memakan debunga (pollen) serta menghisap cecair tumbuhan di bawah permukaan daun.
Ianya mempunyai kitaran selama 11-21 hari. Kutu thrips mengakibatkan bunga gugur dan daun kerinting. Kutu thrips pada bilangan yang banyak akan mengurangkan penghasilan buah pada tanaman rockmelon dan merosakkan struktur kulit buah cili.
Kawalan racun kimia terbaik adalah menggunakan selectron (EC), tokuthion (EC), confidor (SL/SC), regent (SC) dan mesurol. Adalah dicadangkan supaya penyemburan pencegahan racun – racun tersebut dilakukan bagi menghindari kehadiran serangga perosak ini. Ini kerana adalah sukar untuk menghapuskan kutu thrips kerana ianya duduk di dalam bunga tanaman.
Serangga kutu thrips pada bunga rockmelon
Serangga kutu thrips pada bunga cili
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020