Dikongsikan rahsia baja fertigasi.
Tidak kira baja fertigasi cili, rockmelon, daun, terung dan lain-lain tanaman.
Kenapa terdapat dua bahagian atau komponen di dalam baja fertigasi yang menjadikan bahagian A dan bahagian B?
Kenapa tidak disatukan sahaja baja fertigasi ini menjadi satu bahagian sahaja?
Supaya tidak menyusahkan para pengusaha dan petani.
Begini jawapannya.
Di dalam baja fertigasi terdapat Calcium Nitrate dan Magnesium sulphate dan MKP.
Ketiga-tiga baja ini akan larut di air membentuk ion calcium yang bercas positif, manakala ion sulphate bercas negative dan phosphates bercas negatif.
Pada kepekatan yang tinggi ion calcium yang bercas positif akan bercantum dengan ion sulphate yang bercas negatif membentuk calcium sulphate yang merupakan mendakan putih.
Mendakan putih ini akan menyebabkan sistem pengairan fertigasi tersumbat dan pokok tidak ambil baja di dalam bentuk ini.
Justeru itu, menyebabkan baja tidak dapat digunakan lagi.
Begitu juga dengan ion calcium dan phosphate yang akan membentuk mendakan calcium phosphate.
Ion – ion ini akan membentuk mendakan pada kepekatan yang tinggi.
Hanya apabila dilarutkan ke dalam tangki air ianya dapat berfungsi dengan baik.
Justeru, itu baja fertigasi dijadikan stok A dan B yang akan dilarut-cairkan sebanyak 100x untuk mengelakkan terjadinya mendakan
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Salam,
Baja fertigasi kat kedai ada yang satu jenis.. tiada yang A dan B. Made In UAE
Saya ada soalan…
1. Tanaman fertigasi dilihat lebih kepada cili, timun, rock melon dsb (berdasarkan info) tetapi kurang penanaman sayur seperti lobak, kailan salad dsb, Apakah sayur lebih sesuai dan menguntungkan jika di tanam di atas tanah?
2. Ketika saya melawat satu kebun chempedak di Terengganu, pengusaha menggunakan pemikat lalat buat, saya amati yang buah chempedaknya elok dan tidak buruk. Beliau tidak menggunakan racun. Saya diberitahu, pemikat lalat buah mengeluarkan bau/aroma lalat buah betina dan akan menarik lalat buah jantan, bila lalat jantan terperangkap, ia akan dibunuh, maka proses mengawan tidak boleh berlaku kerana ketiadaan lalat jantan. Tu yang saya tertanya-tanya kenapa saudara melarang penggunaan pemikat pada fertigasi cili.
Wsalam,
Terdapat banyak jenis baja fertigasi di pasaran tetapi baja fertigasi terdapat dalam dua bahagian A dan B. Ada juga baja fertigasi yang single di mana kepekatannya adalah kurang sedikit.
1. Fertigasi mmg sangat ekonomik untuk tanaman sayuran jenis buah. Manakala sayuran daun lebih ekonomik jika menggunakan kaedah hidroponik berbanding fertigasi.
2. Saya tidak pernah melarang penggunaan hormon pemikat lalat buah di kebun cili tetapi cara penggunaan haruslah tepat. Buah cempedaknya dibalut atau tidak?
Salam,
Soalan saya, 1) Calcium Nitrate boleh campur dengan potassium nitrate? 2) Magnesium sulphate campur dengan MKP tidak ada masalah?
Terima kasih.
1) Boleh campur
2) boleh campur
calcium nitrat boleh ke dicaampur dengan Magnesium nitrate @ Magnesium sulfate
Calcium nitrat dan magnesium sulfate tidak boleh dicampur pada kepekatan tinggi. Ini akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia
K terimakasih. bagaimana kita hendak gunakan (ampurkan) dalam foliar mengunakan EDTA: urea, DAP, Potasium nitrat (PN),, MgSo4, Calcium Nitrate, CuSo4, ZnSo4, FeSo4.
Kita kene pastikan peratusan ketulenan kesemua bahan-bahan yang kita gunakan dan perlukan sedikit pengiraan untuk mengetahuai kadar campuran.
ketulinan @ peratus bahan telah dikenalpasti, kadar campuran telah diketahui,yang tak pasti adakah akan berlaku tindakbalas @ kelodak campuran jika dicapmur kesemua bahan.Atau kena buat 2 jenis campuran
Salam,
Boleh dicampurkan. Tetapi ada beberapa unsur yang tidak boleh dicampurkan sekali.
Bolehkah jika campur Calcium Nitrat+ Magnesium Nitrate, DAP, Urea, Pottasium nItrate dan EDTA
Mg dan Ca tidak dicampurkan.
Salam tkasih atas reply. Bagaimana pula Calcium nitrate boleh ke dicampur dengan Magnesium nitrate
Wsalam,
Dapatkan pure calcium sahaja.
Boleh kah baja A dan B awal dicampur dengan Baja A dan B untuk buah
Saya sentiasa mengamal polisi satu formulasi baja untuk peringkat awal dan buah
Assalamualaikum
Ada atau tidak alat pengukur kepekatan baja atau berapa ukuran yang sesuai untuk fetergasi dan tanaman utk sayuran
Wsalam. Ada. Banyak alat yang boleh digunakan untuk mengukur kepekatan baja. Yang paling mudah adalah EC meter. Harganya RM 240. Kalau Tuan berminat boleh beli di tanimaju.agrodagang.com.my. Kepekatan baja yang sesuai bergantung kepada jenis tanaman. Secara umumnya, tanaman boleh tolerant maksimum kepekatan pada EC 4.0.