Mitos di dalam Teknologi Fertigasi: Batu-Bata

Artikel kali ini, saya akan membincangkan beberapa mitos atau perkara karut di dalam teknologi fertigasi.

Walau pun karut tetapi masih ramai lagi pengusaha mengamalkan beberapa mitos ini.

1) BATU BATA

Penggunaan batu bata untuk melapik polibeg.

Kaedah aplikasi, setiap polibeg dilapik dengan 2 batu bata.

Fungsi kegunaan (sumber pengusaha tegar fertigasi batu bata):
i) Pengudaraan untuk polibeg
ii) Menggelakkan polipaip daripada panas
iii) Menggelakkan contact polibeg dengan tanah

13

Mitos

1) Penggunaan batu bata di dalam penanaman secara fertigasi lebih kepada komestik atau untuk kebun nampak cantik.

2) Penggunaan batu bata ini tidak mendatangkan kesan kepada pertumbuhan dan hasil pada tanaman, contohnya cili. Kajian perbandingan menunjukkan tiada perbezaan terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman cili pada system fertigsi tanpa batu bata dan fertigasi berbatu bata.

3) Fungsi yang dinyatakan juga mendatangkan keraguan yang aman mendalam.

4) Polibeg tidak memerlukan pengudaraan. Hanya memerlukan pengudaraan adalah akar tanaman yang terletak di dalam polibeg. Sebab itu kita perlu gemburkan tanah pada kaedah konvensional dan media sebelum pindahkan anak pokok untuk menggalakan pengudaraan. Jadi fungsi no 1 kita boleh PANGKAH.

5) Menggelakkan polipaip daripada panas. Memang betul polipaip yang terdedah akan menjadi panas dan air yang tinggal di dalam polipaip akan menjadi panas. Justeru air panas ini akan keluar terlebih dahulu apabila pam air dihidupkan. Air panas ini akan keluar untuk 30 saat pertama sahaja dan tidak memberikan kesan kepada akar tanaman. Adakah berbaloi untuk kita keluarkan perbelanjaan sebanyak RM 0.40 ke RM 0.80 untuk 2 ketul batu bata untuk melapik polibeg. Banyak jika kita ada 10,000 polibeg berapa kos untuk batu bata yang perlu kita keluarkan. Mari kita pangkah fungi kedua ini.

6) Sudah jelas lagi bersuluh. Sudah tanam dalam polibeg nak contact dengan tanah macam mana? Sila pangkah fungsi ketiga ini.

Rumusan

Penggunaan batu bata di dalam fertigasi hanya benda mengarut lebih tepat mitos. Perkara ini dibuat hanya untuk mengaut keuntungan individu tertentu. Tetapi ramai telah tertipu. Penggunaan batu bata meningkatkan kos projek. Hanya untuk kedai hardware jual batu bata. Yang menanam belum kaya lagi.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)
Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cerita kegagalan, Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Mitos di dalam Teknologi Fertigasi: Batu-Bata

  1. Mail says:

    Lembaga Tembakau Negara pernah bagi beberapa projek (peruntukan/bantuan kepada penanam tembakau) selepas penanaman tembakau di tamatkan di Malaysia beberapa tahun lepas (2012). Projek2 itu termasuk fertigasi cili. Seorang peserta dapat RM15,000 termasuk rumah perlindungan hujan, sistem, benih, baja, media termasuk BATA. Saya tengok projek ini ada yang letak 6 biji bata. dasyat!.

    Bayangkan polibag di paras lutut.

  2. adzlinda zin says:

    Saya ade buat tanaman timun seluas 1ekar.fist tanaman ok.tapi tanamn kedua dan seterusnye pokok.timun.saya mengalami masalh.saya perlukan nasihat utk itu

Leave a Reply