EC meter Fertigasi – Hanna DiST 4

EC meter merupakan alat untuk mengukur kekonduksian elektrik atau electricity conductivity di dalam larutan atau air.

Alatan ini digunakan bagi mengukur kepekatan baja fertigasi.

Sebenarnya alat ini mengukur ion – ion daripada baja ab atau baja fertigasi yang telah dicairkan iaitu daripada bentuk pepejal atau serbuk kepada cecair atau larutan.

Semakin banyak ion di dalam baja fertigasi semakin tinggi bacaan EC meter.

Untuk maklumat lanjut mengenai EC fertigasi boleh rujuk di sini.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama EC meter di pasaran.

Serta daripada semahal – mahal dan semurah – murah EC meter.

Daripada semurah RM 150 ke RM 5000 seunit.

Ada EC meter yang mempunyai pelbagai fungsi pada satu alat seperti fungsi untuk mengukur suhu dan dew point.

Lagi canggih dan moden EC meter maka lagi mahal lah harganya.

Salah satu brand yang paling popular di kalangan pengusaha fertigasi adalah Hanna daripada Hanna Instruments (M) Sdn Bhd.

Klik sini untuk web site Hanna.

Hanna menawarkan pelbagai jenis EC meter.

Antara EC meter yang senang dan murah adalah EC meter DiST Family iaitu DiST 4 atau HI98304.

EC meter DiST 4 ini mampu mengukur EC daripada serendah 0.01 mS/cm hingga 19.99 mS/cm.

Alat ini beroperasi dengan menggunakan 4 biji bateri 1.5 V alkali.

Tetapi jangan risau, EC meter ini didatangi dengan baterinya sekali.

Pendek kata. Beli sudah boleh terus guna.

Jika anda membeli EC meter ini, satu kotak mengandungi;

1) Satu unit EC meter DiST 4
2) Skru kalibrasi
3) Manual

Harga alat ini adalah di antara RM 180 – RM 240 seunit.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu dibeli oleh pengusaha fertigasi tanpa mengira budget projek pertanian.

Antara kelebihan alat ini adalah ianya ringan serta kompak, mudah di simpan di kocek untuk ke ladang.

Selain daripada itu, EC meter ini mudah digunakan oleh pengusaha baru yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Cara menggunakan EC meter ini boleh rujuk di sini.

Satu kekurangan EC meter ini adalah ianya hanya boleh mengukur bacaan di bahagian bawah permukaan air sahaja.

Ini kerana alat ini mempunyai takat rendaman yang terhad (max level).

Jika anda merendam alat ini melebihi max level, air akan masuk ke dalam alat ini melalui skru kalibrasi.

Sekaligus merosakkan alat ini.

Jika anda mahu bacaan larutan baja yang lebih tepat, anda boleh cuba EC meter hanna yang mempunyai probe.

Seperti HI98190.

Selain daripada itu EC meter ini juga senang dan mudah dikalibrasi.

Pengguna EC meter ini boleh membuat kalibrasi bacaan dengan mudah di ladang.

Dengan hanya membeli larutan kalibrasi.

Larutan kalibrasi yang dicadangkan oleh Hanna adalah larutan HI70032.

Rumusan

Secara keseluruhannya, EC meter DiST 4 ini senang digunakan, senang dimaintain dan harganya yang berpatutan bersesuaian dengan budget projek pertanian fertigasi semua usahawan.

Ianya merupakan satu alat yang praktikal di dalam industri fertigasi.

Myagri berikan 4/5 bintang.

Kongsikan!
This entry was posted in Alat Fertigasi, Fertigasi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply