Passing the Baton

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bermula daripada tahun 1 hb Januari 2011 laman sesawang MyAgriDotComDotMy memulakan perjalanan di dalam industri pertanian dan industri asas tani.

Fokus utama adalah industri fertigasi.

Empat tahun merupakan satu tempoh perjalanan yang jauh dan berliku yang saya harungi keseorangan.

Satu perjalanan yang mempunyai turun dan naik, suka dan duka dalam menyampaikan fakta yang tepat dalam industri pertanian negara.

Letih…sungguh memenatkan.

Hanya pada tahun 2013, beberapa syarikat dan individu mula menunjukkan minat di dalam laman sesawang ini.

Bagaikan melihat anak gadis kecil yang baru masuk usia remaja, MyAgriDotComDotMy telah dipinang oleh beberapa syarikat dan individu.

Pinangan berserta perancangan untuk memajukan MyAgriDotComDotMy telah diteliti.

Akhirnya…

MyAgriDotComDotMy diserahkan kepada seorang sahabat secara percuma dan beberapa syarat.

Jangan bimbingan ini bukan artikel terakhir daripada saya.

Saya dikekal sebagai pengasas / founder sukarelawan tanpa sebarang gaji atau elaun.

Tujuan ini juga bagi memberikan ruang dan tumpuan kepada pembelajaran.

Kongsikan!
This entry was posted in Event, Fertigasi and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply