Bersempena musim jerebu ini…Myagri ingin membincangkan isu kesan cahaya terhadap tumbuhan. Maklumlah bila berjerebu ini, keamatan cahaya atau light intensity yang sampai pada permukaan daun atau diterima oleh pokok adalah kurang berbanding biasa. Mari kita lihat dan bincang kesan cahaya terhadap tanaman terutama kepada tanaman sayur-sayuran.
Sebagaimana yang kita tahu cahaya adalah penting kepada tumbuhan bahkan kepada segala kehidupan. Tanpa cahaya, tumbuhan tidak dapat tumbuh, membiak dan menjalankan proses fotosintesis. Secara umumnya, cahaya mengandungi tujuh spectrum atau gelombang warna iaitu daripada merah sehingga violet (rajah 1). Gabungan ketujuh-tujuh warna ini membentuk cahaya yang kita lihat ini. Tumbuhan menggunakan gelombang atau spektrum warna ini untuk kepelbagaian aspek pertumbuhan. Setiap gelombang cahaya ini memberikan kesan yang berlainan kepada pertumbuahan tanaman.
Daripada ketujuh-tujuh cahaya yang wujud ini, tanaman lebih memerlukan gelombang cahaya biru dan merah. Gelombang cahaya biru diperlukan untuk pertumbuhan. Manakala gelombang warna merah dengan gabungan warna biru diperlukan oleh tanaman untuk berbunga.
Antara kepada kekurangan cahaya atau lebih tepat gelombang cahaya biru pada tanaman adalah
1) Batang pokok akan menjadi terlalu panjang
2) Daun bertukar menjadi kuning
3) Daun yang terlalu kecil
4) Batang pokok yang kurus
5) Simptom daun kering atau coklat di hujung daun
6) Daun tua akan kering dan gugur
7) Warna daun akan luntur
Jadi selepas ini perhatikan perkembangan tanaman anda.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020