Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi – Hamama Putih

Kali ini Myagri akan berkongsi cerita berkenaan Hamama putih atau pun dikenali sebagai “The Giant Killer”. Kenapa dipanggil The Giant Killer? ini kerana hamama putih adalah sangat halus pada pandangan mata kasar dan mampu merosakkan pokok tanpa kita sedari. Hamama putih juga sering disalah anggap kotor pada daun. Nama saintifik bagi hamam putih adalah Polyphagotarsonemus latus atau broad mite. Kitaran hidup hamama putih adalah selama 5 – 7 hari sahaja!

Bahagian tanaman yang diserang adalah Pucuk dan daun. Hamama putih akan menghisap sap pada permukaan bawah daun serta menjadikan daun melengkung ke atas. Antara simptom atau tanda serangan hamama putih adalah daun pucuk atau daun muda akan melengkung ke atas dan daun menjadi keras dan rapuh apabila dipegang.

Hamama putih sering menyerang tanaman cili, terung, cili padi dan lain – lain lagi. Serangan hamama yang serius akan menyebabkan daun gugur dan pucuk menjadi kering dan kehitaman.

Kawalan hamama yang efektif adalah dengan menggunakan racun serangga mitec atau comotech. Bagi tanaman yang telah kene serangan hamama, adalah disyorkan supaya semburan racun dilakukan selama 3 hari berturut-turut bagi meningkatkan keberkesanan kawalan. Semburan juga dilakukan di bawah daun.

  1. 1. Peralatan dan Baja Fertigasi Harga Murah dan Berbaloi- Klik Sini
  2. 2. Untuk racun comotech bagi kawalan hamama…Whatsapp 017-6486713.

Kongsikan!
This entry was posted in Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply