Tanaman herba kini semakin menjadi pilihan sebagai hiasan landskap di rumah. Ini kerana ia mudah ditanam, senang dibiakkan serta tidak memerlukan kos yang banyak untuk dijaga. Tanaman herba juga boleh ditanam sebagai tanaman indoor dengan syarat
ada sumber cahaya. Tanaman herba ini boleh ditanam di dalam pasu atau pun dibiarkan menjalar di atas tanah. Antara tanaman herba yang mudah ditanam di rumah adalah seperti berikut:
Menanam tanaman herba ini boleh dibuat menggunakan apa-apa sahaja bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman. Antaranya bekas plastik, botol kosong, periuk yang sudah tidak digunakan, bekas pencuci, tin susu dan sebagainya. Menukar bahan-bahan terbuang ke bentuk yang bermanfaat dan baik sebenarnya tidak sukar. Ini juga dapat menguji kreativiti anda di dalam mengias rumah dengan tanaman herba yang mudah serta ringkas ini.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020