Teknologi Penanaman Kobis Bunga secara Fertigasi di Tanah Rendah

Cauliflower (Brassica oleracea L. cv groups) merupakan sejenis sayuran dari Keluarga Cruciferae. Cauliflower ini juga digelar Kobis Bunga di Malaysia. Penanaman kobis bunga secara fertigasi di tanah rendah telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Penanaman kobis bunga secara fertigasi di tanah rendah hendaklah dijalankan di bawah struktur pelindung hujan (SPH) bagi menggelakkan penyakit kulat. Bergantung kepada varieti, tanaman kobis bunga secara fertigasi boleh dituai selepas 70 – 100 hari selepas dipindahkan ke polibeg. Prestasi purata hasil sepokok adalah 0.65 kg sepokok.

KOBIS BUNGA 1

Kobis bunga 2

Pengusaha perlulah mencapai prestasi hasil yang optimum bagi memastikan pengusaha mendapat modal pelaburan dalam masa yang singkat. Penanaman kobis bunga juga boleh diintegrasikan bersama tanaman yang lain bagi memaksimakan penggunaan ruang di bawah struktur pelindung hujan untuk menjanakan hasil tambahan kepada pengusaha. Penanaman kobis bunga menggunakan sistem fertigasi di struktur pelindung hujan dapat memberi hasil dan pertumbuhan pokok yang baik.

KOBIS BUNGA 3

KOBIS BUNGA 4

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, fertigasi kobis bunga, kobis bunga and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply