Musim hujan ini, mari kita berkenalan dengan penyakit tanaman cili. Iaitu hawar pucuk. Masalah hawar pucuk sering menyerang tanaman cili besar atau merah atau cili padi. Ini sebab mengapa apabila musim cili, harga cili melambung naik sehingga berbelas ringgit! Cuaca hujan dan panas akan mewujudkan kelembapan yang tinggi. Kelembapan yang tinggi mewujudkan keadaan yang sesuai untuk kulat hawar pucuk ini membiak dan menyerang pucuk tanaman cili anda.
Hawar pucuk menyerang bahagian pucuk tanaman cili. Apabila diserang, pucuk tanaman cili akan menjadi lembap dan reput kehitaman serta berbulu. Jika ini terjadi kepada anda boleh teruskan membaca artikel ini.
BIODATA HAWAR PUCUK
Agen
Choanephora cucurbitarium
Kaedah sebaran
Angin dan air
Simptom
Pucuk reput dan lembap.
Pucuk berwarna hitam.
Kadangkala kulat tumbuh seperti bulu.
Jika jangkitan teruk, kulat akan merebak ke seluruh pucuk dan seterusnya ke seluruh pokok.
Kaedah Kawalan
Buang bahagian yang dijangkiti
Sembur racun kulat
Jaga kebersihan ladang
Amalkan giliran tanaman
Bahan Aktif (Contoh Racun)
Propineb
Mancozeb
Chlorothalonil
Trifloxystrobin
Tebuconazole
Azoxystrobin
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020