Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi

Ramai pengusaha fertigasi berpendapat lagi banyak baja fertigasi diberikan kepada tanaman atau pokok cili contohnya, lagi banyak hasil yang kita boleh perolehi.

Justeru ramai pengusaha yang memberikan larutan baja sahaja kepada tanaman.

Ramai pengusaha fertigasi cili memberikan sehingga 6 kali sehari larutan baja bahkan sehingga 1.5 – 2 liter air baja!

Hanya pembekal baja sahaja akan suruh anda aplikasikan cara ini. Supaya baja cepat habis dan anda akan repeat order lagi 🙂

Betul ke cara kita ni?

Jadi apakah cara paling tepat untuk kita memberikan air baja pada tanaman fertigasi.

Mari kita berbalik kepada fisiologi tanaman itu sendiri.

Kita perlu faham:

1. Keperluan air tanaman sehari.
2. Proses fotosintesis.

Dua faktor ini adalah penting apabila kita mahu membuat jadual pembajaan atau kekerapan pembajaan.

1. Keperluan air tanaman sehari

Bergantung kepada jenis tanaman dan persekitaran lebih tepat cuaca atau suhu. Secara umumnya, tanaman yang mempunyai daun atau canopy yang banyak dan besar mempunyai kadar transpirasi yang tinggi. Transpirasi adalah proses kehilangan air oleh tumbuhan di dalam bentuk wap ke persekitaran yang berlaku secara sejatan. Dalam bahasa mudah, pokok ini akan kuat berpeluh. Menurut beberapa kajian yang dijalankan, keperluan beberapa tanaman adalah seperti berikut cili: 1 – 1.5 liter, melon 2 – 3 liter dan halia: 1 – 1.5 liter. Perlu diingat kajian yang dijalankan adalah pada suhu yang optimum. Lagi tinggi suhu persekitaran maka lagi tinggi kadar transpirasi pokok. Sebab itu apabila cuaca panas, tanaman mudah layu. Tanaman akan layu bagi melindungi sel dan mengelakkan kadar kehilangan air yag tinggi. Paling penting bagi tanaman untuk menggekalkan tahap kesegaran daun atau kesegahan sel untuk menghasilkan proses fotosintesis yang optimum. Agak sukar untuk kita mengukur kadar transpirasi tanaman serta ianya memerlukan peralatan yang canggih dan mahal. Justeru itu cukup bagi pengusaha fertigasi memberikan air mengikut keperluan tanaman yang telah terbukti kajiannya.

2. Proses fotosintesis

Syarat proses fotosintesis adalah memerlukan cahaya, karbondioksida dan air. Bagi mengoptimumkan proses fotosintesis, kita perlu berikan air baja tepat pada masanya. Kadar cahaya dan suhu yang optimum adalah pada awal pagi sekitar 7.30 – 10.30 pagi (bergantung pada lokasi). Justeru itu adalah penting untuk pengusaha fertigasi memberikan larutan baja pada waktu ini untuk tanaman mengoptimakan proses fotosintesis. Ada sesentengah mazhab memberikan baja pada malam, boleh ke? Boleh tidak salah tapi harus diingat proses fotosintesis hanya berlaku apabila ada cahaya. Baja yang diberikan pada waktu malam akan digunakan secara efektif pada pagi esoknya. Pada waktu tengahari pun ada cahaya, tetapi suhu pada waktu itu tinggi atau panas, banyak liang-liang stoma tertutup dan fotosintesis berlaku secara tidak effisien atau rendah.

Jadi bagaimana membina jadual kekerapan pembajaan yang efektif?

1. Jadual yang efektif memerlukan jumlah air yang cukup untuk keperluan harian tanaman.
2. Pemberian air baja sewaktu proses fotosintesis berlaku pada kadar optimum.

HARUS DIINGAT PROSES FOTOSINTESIS YANG OPTIMUM MAMPU MEMBERIKAN HASIL YANG TINGGI!

Selamat membina jadual kekerapan pembajaan anda.

Iklan

Kurang yakin, boleh ikuti kursus fertigasi cili, melon dan halia, kami tunjukkan cara yang betul dan tepat untuk pemberikan air baja bagi menjimatkan kos pengeluaran anda.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi

  1. Balamurugan says:

    Boleh kongsi formula utk baja a b utk 100liter air a dan b. Tq

  2. Balamurugan says:

    Terima kasih.

  3. eddy says:

    Boleh kah pokok lada ditanam secara fertigasi? Jika boleh, berapakah jumlah air campuran baja A/B yang di perlukan dalam sehari untuk sepokok?

Leave a Reply