Nama Saintifik: Citrullus lunatus Schard
Famili : Cucurbitaceae
Asal : Benua Afrika
Nama Lain :Melikai, Timun Cina atau Semangka
Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran rama. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas. Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Ia juga sesuai ditanam di beranda kerana pokok ini memanjat. Ia boleh dilatih untuk memanjat pancang yang dibuat khas menjadikan ia cantik sebagai hiasan. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah:
- Menyemai
Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. Anak benih sesuai dipindahkan kedalam bekas atau pasu tanaman setelah mengeluarkan daun yang ke-6.
- Pemindahan anak pokok
Gunakan bekas 12 in x 12 in x 12 in (30 cm x 30 cm x 30 cm). Kotak gabus sesuai digunakan Pastikan tanah dari jenis ringan atau mengandungi bahan organik yang tinggi. Nilai pH tanah yang bersesuaian untuk tanaman tembikai adalah di antara 6 hingga 6.8. Pastikan kedudukan bekas menerima cahaya matahari secara langsung dan tidak terlindung. Letakkan sungkupan di sekeliling anak benih sejurus ia dipindahkan. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan dapat mengawal pertumbuhan rumpai.
- Merimbun
Apabila pokok mempunyai 4 set daun, guntung tunas utama supaya tumbuh tunas sis. 2 minggu kemudian buang tunas yang lemah. Biarkan 4 tunas yang kukuh sahaja.
Pokok perlukan bantuan untuk mendebunga. lakukan pendebungaan secara manual. Satu kuntum bunga jantan cukup untuk mendebunga 4 bunga betina. Apabila putik bunga betina lekat (menjadi), balut dengan kertas atau plastik untuk melindunginya daripada serangan lalat buah.
4. Pembajaan
Lakukan pembajaan setiap 2 minggu sekali. Untuk peringkat awal pertumbuhan, baja perlu ditabur secara bulatan di sekitar anak pokok. Pastikan jarak baja yang ditabur 30 cm dari pangkal pokok.
5. Penjagaan
Pokok perlukan air yang cukup, siram setiap hari terutamanya apabila pokok mula berbuah. Ikat buah mnggunakan jaring, plastik, atau kain/ baju lama untuk mengurangkan beban berat buah pada batang pokok. Lakukan penyiraman seawal pagi dan pada waktu lewat petang.
6. Menuai
Kebiasaannya, pokok mula berbunga dan berbuah pada hari ke-60 selepas pemindahan. Untuk mendapatkan hasil buah yang berkualiti, pastikan pokok hanya mempunyai 2 biji buah dalam satu masa. Jika terdapat putik yang seterusnya, ia perlu dibuang. Buah tembikai akan menunjukkan tanda-tanda sudah matang atau sedia untuk dituai apabila:
- Apabila ditepuk atau dijentik, buah menghasilkan bunyi seakan-akan berongga.
- Warna putih kulit buah yang bersentuhan dengan tanah bertukar menjadi kekuningan
- Urat atau jalur pada permukaan kulit buah mula pecah dan pudar.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020