Kebiasaannya, projek pertanian terutamanya fertigasi tanaman cili pasti berjaya musim pertama.
Kebarangkalian untuk mendapatkan hasil adalah 90%, mengikut apa – apa aliran atau mazhab fertigasi.
Ini kerana musim pertama serangga dan vektor penyakit masih belum ada lagi di kawasan baru.
Jika pengusaha tersebut tidak bernasib baik, masalah akan muncul musim pertama dan projek pun lingkup.
Biasanya, pengusaha projek pertanian akan menghadapi masalah apabila musim kedua, ketiga dan seterusnya.
Apabila mereka menghadapi masalah di musim kedua yang tidak boleh diatasi, mereka pun mencari Tuan Guru masing – masing untuk penyelesaian.
Lebih malang, Tuan Guru pun tiada penyelesaian. Justeru itu, projek pun lingkup!
Ini realiti industri pertanian.
Kita perlu faham kenapa kebanyakkan pengusaha menghadapi masalah serangga perosak apabila memulakan musim kedua, ketiga dan seterusnya
Lihat gambar di bawah:
Apabila pengusaha membuka kawasan pertanian baru atau musim pertama, serangga perosak yang ada di situ kita panggil generasi pertama atau G1.
Serangga G1 ini, tidak pernah kene racun serangga lansung, maka apabila kita spray racun serangga G1 ini akan mati. Kerana mereka tidak imun atau kebal kepada racun serangga.
Manakala G1 yang masih hidup di musim pertama akan bertelur dan melahirkan generasi kedua atau G2.
G2 ini akan mempunyai imunisasi terhadap racun serangga.
Sebab itu kebanyakkan pengusaha akan tewas pada G2 pada musim kedua.
Ingat G2 akan melahirkan G3, begitulah seterusnya. Awas!!!
Jadi bagaimanakah cara kita nak atasi masalah ini.
Fahamkan dulu artikel ini.
Artikel akan datang saya akan kongsikan berkenaan pengurusan Ladang yang berkesan.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Assalam..tuan dh kluarkn k artikel seterusnya bab ini?